Ada lagi idea ruang bar kopi untuk pencinta kopi yang ingin dikongsikan di sini. Kali ini, ia datang daripada Raven Kw melalui group-group dekorasi Facebook. Sudut bar kopi yang dibina di ruang tamu rumahnya ini bertemakan scandinavian dengan sedikit gabungan farmhouse bersama ‘warm colors’. Kebanyakan barang dekorasi dari Mr. DIY, Kaison (frame gambar dan peta), Shopee dan Taobao (bekas tisu dan mesin kopi).
Menurutnya, ia adalah tempat kegemarannya untuk relaks sewaktu ‘lockdown’ di rumah. Boleh lihat gambar sebelum dan selepas pembinaan bar kopi miliknya di bawah ini.
Track light dari kedai Best Light DIY Sdn. Bhd.
Hasil Dekorasi Bar Kopi Tema Farmhouse dan Scandinavian
Top dari quartz stone.
Piping sinki di-extend secara langsung dari paip luar.
Kerusi dari kedai Hwa Kiow Tat Sdn. Bhd., Parit Yaani, Johor.
Rak kayu, rak frame jenama Mosslanda berharga RM 39.90, cawan lutsinar, tanaman palsu dan penyangkut cawan jenama Mansarp berharga RM 149 dari IKEA.
Meja built-in dan kabinet custom-made oleh JS Interior Design (Facebook).
Sofa dari kedai perabot.
Semoga memberi inspirasi!
Kredit: Raven Kw