Ada sesiapa pencinta kopi di sini? Pasti ada, bukan? Oleh itu, khas untuk anda, kami kongsikan idea bar kopi mini dari Suzaitul Adwini melalui FB group ‘Kelab Dekorasi IKEA Malaysia’. Ceritanya, dia sudah lama memasang angan untuk mempunyai sebuah bar kopi dan akhirnya ia menjadi kenyataan. Bersama suaminya, mereka mewujudkan bar kopi mini di rumah kuarters guru mereka menggunakan rak jenama Fjallbo dari IKEA sebagai base. Seterusnya menggabungkan tema industrial dan farmhouse beserta tumbuhan hijau sebagai pelengkap dekorasi.
Hasil Dekorasi Bar Kopi Mini Dengan Gabungan Tema Industrial dan Farmhouse
- Mesin membuat kopi jenama Morphy Richards dari Harvey Norman
- Bakul rotan dari Mr. DIY
Selepas Pemasangan Rak Dinding
Kayu pine berharga RM 7 – RM 12 (dibuat rak, kemudian disembur clear spray) dan sirap berperisa dari Shopee.
Topeng Star Wars untuk menutup plug dan wayar.
Lampu meja, signage dan label (font dari laman web fontmeme.com) dihasilkan sendiri.
Bekas kopi, kotak coklat dan bracket rak dari IKEA.
Semoga memberi idea untuk semua pencinta kopi!
Kredit: Suzaitul Adwini