Kami bawakan lagi idea deko untuk bilik tidur yang kecil yang simple sahaja oleh Ninie Sarbini. Bilik tidur milik anak bujangnya itu asalnya merupakan bilik ‘spare’ yang sememangnya mempunyai ruang yang agak terhad. Oleh itu, dia hanya menggunakan konsep ‘open-clothes hanging area’ untuk menggantikan almari. Memandangkan anaknya begitu meminati hiasan dinding ‘art beach and’ surfing’ dan ‘hippie van’ dari kedai Eco, dia ‘mix and match’kan semuanya di dalam ruangan kecil ini.
Asal lantai bilik adalah fully-carpeted, dan Ninie sudah merancang untuk memasang vinyl namun, melihatkan wallpaper yang dipasang di dapur, anaknya meminta untuk menggunakannya di biliknya juga, tetapi dipasang di lantai. Demi menuruti citarasanya, lantai menggunakan wallpaper dari dapur rumah mereka sahaja. Selesai sudah dekorasi bilik tidur kecil untuk anak bujang.
Wallpaper di dapur yang digunakan sebagai wallpaper lantai bilik anaknya.
Kabinet ditutup menggunakan alas meja (plastik) dari kedai Eco. Potong kepada beberapa keping, tindankan antara satu sama lain dan lekatkan double-sided tape. Tujuan dipotong adalah supaya mudah untuk mencapai barangan bawah kabinet.
- Cadar, penyangkut pakaian dan cermin kecil dari IKEA
- Jam dari kedai Eco
- Rak pakaian dari Daiso
- 4 keping stiker batu-bata digunakan, bersaiz 70 x 32 cm dan lampu LED (guna bateri 2A) dari kedai Eco
- Cermin dari IKEA
- Langsir dari Shopee
Meja berharga RM 169, kerusi berharga RM 38, karpet dan rak dinding dari IKEA.
Walaupun dekorasi simple dalam bilik yang kecil, asalkan anak-anak berasa selesa.
Kredit: Ninie Sarbini