Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Kagum! Ambil Masa 3 Hari, Wanita Ini ‘Makeover’ & Deko Sendiri Rumah Sewa
    Idea Dekorasi

    Kagum! Ambil Masa 3 Hari, Wanita Ini ‘Makeover’ & Deko Sendiri Rumah Sewa

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 3, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ada yang berkata, “rumah sewa je pun, tak perlu nak deko cantik-cantik sangat”. Tetapi bagi mereka yang mahukan suasana yang selesa mata memandang dan persekitaran yang terbaik seperti Cik Lynn, perkara ini adalah sesuatu yang diambil berat. Walaupun menggunakan modal yang rendah, ditambah dengan suami yang duduk berjauhan meninggalkan dia dan anak kecil mereka, dia tetap mencuba melakukan yang terbaik untuk mewujudkan suasana yang selesa itu. Disebabkan itu, wanita itu mengagumkan ramai orang apabila dalam masa 3 hari, dia melakukan ‘makeover’ dan mendeko sendiri rumah sewanya.

    Ya, seorang diri! 1 hari untuk mengemas, mencuci, menampal dinding yang berlubang, membetulkan paip air yang tersumbat dan membuang sampah yang ditinggalkan oleh penyewa lama. Hari ke-2 diteruskan dengan kerja mengecat yang mengambil masa dari pagi sehingga petang. Hari ke-3 pula bermulanya proses deko dan pemasangan langsir. Lihat hasil ‘makeover’ dan deko rumah sewa yang dilakukan sendirian oleh seorang wanita di bawah ini.

    SEBELUM

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    SELEPAS

    VIEW IN GALLERY

    • Sofa berharga RM 990 dari Caler Home
    • Langsir jenis blackout bidang 120 dengan corak timbul ditempah dengan harga RM 110 (2 lapisan) dari Sammar Top Resources, Nilai 3
    • Lampu berharga RM 25

    Cat Nippon Paint Matex kod warna 15245 Maxi White (7 liter) berharga RM 60. Cukup untuk ruang tamu, dapur, 2 buah tandas dan sebuah bilik.

    VIEW IN GALLERY

    • Kabinet dapur dan rumput karpet berharga RM 60 dari Shopee
    • Lampu berharga RM 19 dari Nilai 3
    • Rak 3 tingkat dari IKEA

    VIEW IN GALLERY

    • Langsir putih jenis net berharga RM 14.90 dari IKEA
    • Langsir kelabu berharga RM 35 dan rod berharga tidak sampai RM 5 dari Mr. DIY
    • Wallpaper berharga RM 16 (3 meter) dari Shopee

    VIEW IN GALLERY

    Biar simple, asalkan dapat kepuasan dari hasil tangan kita sendiri.

    Kredit: Cik Lynn

    deko simple rumah sewa hasil makeover rumah sewa idea deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea DIY Kotak Roti Dari Papan Pallet Dan Plywood. Menarik & Kreatif
    Next Article Deko Bilik Tidur Kecil Untuk Anak Bujang, Lantai Pakai Wallpaper Dapur Je

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.