Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Deko Kuarters Guru Berkonsepkan Farmhouse. Hasil Cantik & Mengagumkan!
    Idea Dekorasi

    Deko Kuarters Guru Berkonsepkan Farmhouse. Hasil Cantik & Mengagumkan!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 26, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila rumah kuarters yang sudah berusia hampir 30 tahun didekorasi, hasilnya boleh mengejutkan anda. Untuk memahami maksud ini, lihat dekorasi kuarters guru dengan 3 buah bilik, sebuah bilik air dan sebuah tandas yang dikongsikan ini. Hasil dari sering menonton saluran HGTV, deko kuarters yang diduduki oleh Suzaitul Adwini ini bertukar kepada konsep farmhouse, inspirasi design melalui rancangan TV ‘Fixer Upper’ yang dikendalikan oleh pasangan Joanna dan Chip Gaines.

    Daripada situ, terhasil deko farmhouse yang melibatkan ruang tamu, ruang makan, bilik tidur dan ruang dapur rumah kuartersnya. Hampir keseluruhan barangan rumahnya di-DIY sahaja untuk menjimatkan kos. Masa mendeko yang diambil pula adalah hampir setahun. Walaupun melalui progress yang lambat, tetapi hasilnya begitu cantik dan mengagumkan!

    VIEW IN GALLERY

    • Penyangkut beg dari Shopee. Cari ‘rustic hook’
    • Pokok eucalyptus dari kedai PISB

    Hasil DIY:

    – Menggunakan plywood bersaiz 3 mm untuk dinding, kain sarung kusyen dari IKEA dan distapler. Bukakan sedikit ruang untuk masukkan fiber (diambil dari mana-mana bantal) dan staplerkan lubang lebih awal. Letakkan atas bangku menjadi kusyen

    – Penggantung topi keledar dan kunci

    – Bangku (design dan pasang sendiri) menggunakan MDF board

    VIEW IN GALLERY

    Lampu stand dan bakul dari IKEA.

    Hasil DIY:

    – Corak shiplap pada dinding menggunakan marker pen

    – Faux fireplace (design sendiri) menggunakan MDF board dan plywood

    – Frame atas fireplace

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Set meja makan sudah sedia ada dalam kuarters.

    • Table runner dan langsir dari IKEA
    • Frame dari Kaison

    VIEW IN GALLERY

    Bakul rotan berharga RM 50+ dari Kaison.

    VIEW IN GALLERY

    Rak dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil DIY:

    – Lampu gantung (boleh dicas atau gunakan tenaga solar) menggunakan mentol dan pasu (di-spray hitam) dari Mr. DIY dan tali guni dari kedai Eco

    Semoga memberi inspirasi!

    Kredit: Suzaitul Adwini

    Deko konsep farmhouse deko kuarters guru idea deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNampak Aesthetic Dengan Tema Putih, Deko Rumah Ini Mencuri Perhatian
    Next Article Kabinet TV Built-In Diberi Rupa Baru, Wanita Ini Kongsi Hasilnya Yang Wow!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.