Percubaan pertama seorang lelaki dalam menghias dan mendekorasi rumah jenis banglo 2 tingkat kelihatan sangat mengagumkan dengan gaya mewah. Ini kerana ianya juga merupakan rumah pertama yang melalui proses ‘try and error’ dalam dekorasi. Menurutnya, proses deko rumah banglo 2 tingkat ini masih belum lengkap sepenuhnya kerana dibuat sedikit demi sedikit mengikut bajet. Kini, dia menunggu untuk membuat kabinet dapur pula.
Hasil Dekorasi Mewah Rumah Banglo 2 Tingkat
Barang-barang deko rumah banglo 2 tingkat ini :
Semua barang dari IG Shop @kencanamayangcreative_official. Antaranya adalah:
– Garisan stiker gold
– Meja kopi dan meja sisi
– Sofa dan wingchair
– Frame gambar
– Lampu meja, lampu dinding dan chandelier (panjang 120 cm)
– Wall mirror (dipasang sendiri dengan kos kurang dari RM 4K)
– Kabinet TV
Katanya, pemasangan wainscoting dengan garisan stiker berwarna gold adalah sesuatu yang disukainya kerana dilakukan seorang diri.
Bangku sofa ottoman bersaiz 2.5 x 2.5.
Pendiangan api dihasilkan sendiri dengan kos RM 650.
Partition dibuat di kedai cermin dengan kos RM 1500.
Meja makan dan stand lilin dari SSF.
Set meja makan berharga dalam RM 5K lebih.
Cat dinding dari jenama Nippon Paint.
Buang rumput asal dan paraskan pasir supaya sama dan mampat. Letakkan kanvas tanah dan masukkan rumput artificial. Teknik potongan untuk sambungan perlu kita tahu supaya tidak kelihatan sambungannya. Kemudian, letakkan rapat-rapat.
Laman menggunakan rumput artificial golf style dari nurseri.
Awning putih dibuat sendiri menggunakan material membrane.
Walau bagaimanapun hasilnya, asalkan memberi kepuasan pada hati dan mata kita, ia sudah memadai.
Kredit: Ahmad Albab Ahmad