Inginkan ruang pejabat di tempat kerja yang selesa dan santai, boleh mencuba konsep rekabentuk seperti di rumah. Seperti yang dilakukan oleh seorang pereka dalaman di New Orleans bernama Nomita Joshi terhadap sebuah syarikat perunding kewangan. Untuk mewujudkan ruang pejabat yang tenang dan lapang, dia memberi fokus kepada elemen rekabentuk residensi.
Diinspirasikan oleh rumah seorang bintang rock terkenal iaitu Lenny Kravitz di Brazil dengan mural besar, dia turut hadir dengan konsep “super graphic”nya sendiri, di mana muralist Liz Kamarul mengecat sebuah grafik dinding yang ‘berani’, berfungsi sebagai titik fokus ruang. Lukisan mural tersebut menyatukan ruang ini, memberikannya suasana ala-ala vintage tropika.
Hasil Dekorasi Pejabat Ala Vintage Tropika Melalui Elemen Rekabentuk Residensi
Dia menggunakan bahan-bahan semualajadi untuk pembahagi dan merekabentuk pembahagi untuk ruang pejabat dan tempat penyimpanan.
Kehijauan dan lampu-lampu menambah ketenangan.
Kini, ruang baru ini mempunyai suasana damai yang melengkapi matlamat syarikat ini.
Kredit: Nomita Joshi Interior Design