Bukan mudah hendak membina perabot untuk pertama kali di dalam rumah sendiri. Banyak kajian dan carian perlu dilakukan untuk memastikan hasilnya seperti yang diinginkan. Salah seorangnya iaitu Din Labatta dari Klang berkongsi pembinaan table top dan kabinet dapur yang dihasilkannya seorang diri buat pertama kali. Dengan kos dalam RM 4K, dia banyak belajar dari YouTube dan bertanya rakan-rakan yang pakar.
Proses Pembinaan Table Top & Kabinet
Laser (16 baris), rak pinggan dan paip ekzos (dinding ditebuk) dari Shopee.
Meja dibuat terlebih dahulu.
Jubin quartz stone bersaiz 60 x 60 (2 kaki) berharga RM 17.90 sekeping.
Lapisan jubin atas dipotong L dan dilekat menggunakan Max Bond dan simen gam.
Lengkungan di sinki menggunakan diamond hole bit. Lubang dibuat 4 dahulu, kemudian dipotong menggunakan grinder.
Blockboard bersaiz 4 x 8 kaki sekeping dan formica edging ABS (untuk membalut blockboard) dari kedai hardware perabot.
Berketebalan 18 mm.
Hasil Pertama Kali Pembinaan Table Top & Kabinet Dapur
Bersebelahan 3 laci di hujung adalah bakul pull out.
Walaupun lewat disiapkan, hasilnya sangat ‘meletup’!
Kredit: Din Labatta