Jikalau sudah obses dengan sesuatu warna, ia pasti akan digunakan menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Jika tidak, hidup akan berasa tidak lengkap. Sama juga dengan Nor Raziela yang terlalu menyukai warna-warna pastel sehinggakan deko ruang dapurnya juga menggunakan warna tersebut. Berkongsi mengenai deko dapur kering dan basahnya itu dalam FB group ‘Deco Rumah Ku Syurga Ku’, kos keseluruhannya adalah RM 18K+ untuk ukuran lebih kurang 18 kaki. Memilih material solid nyatoh dengan warna tema hijau ash, boleh lihat sedikit perkongsian dekorasi ruang dapurnya di bawah ini.
Hasil Dekorasi Dapur Dengan Warna Tema Hijau Ash
Table top dan counter bar sudah sedia ada.
Semua barang dapur tersimpan di dalam kabinet termasuk periuk nasi dan microwave.
Negative area akan dibuat ruang untuk microwave.
Laci atas diisi peralatan seperti sudu dan pisau, laci kedua diisi bahan masakan seperti garam, gula, kunyit dan sebagainya, dan laci bawah diisi stok barang masakan.
Tepung-tepung diletakkan dalam pull-in-pull-out storage bersebelahan peti ais.
VIEW IN GALLERY
Pinggan kegunaan harian disimpan di atas rak bahagian luar.
Set pisau dan papan pemotong dari Shopee.
Ada sesiapa lagi yang turut mempunyai dapur berwarna ini?
Kredit: Nor Raziela Ismail
Gallery of Sukakan Warna-Warna Pastel, Ruang Dapur Ini Bertemakan Warna Hijau Ash
Tags: #deko tema hijau ash #hasil dapur hijau ash #idea deko dapur