Sesetengah orang bukan sahaja rajin dalam mengemas, tetapi juga mengubah susun atur aksesori deko dalam rumah. Shazila Shazalli, seorang ibu kepada 2 orang anak kecil berkongsi dekorasi ruang rumah kecilnya, terletak di Jalan Kebun, Klang, yang bertemakan warna hitam dan putih. Katanya melalui FB group ‘Kelab Dekorasi IKEA Malaysia’, biarpun digabungkan dengan gaya dekorasi yang sering berubah mengikut ‘mood’nya setiap kali mengemas, warna temanya masih dikekalkan.
Mari lihat perubahan dekorasi yang dilakukannya sedikit demi sedikit sehingga yang terkini di dalam ruang kecil bertemakan hitam dan putih di bawah ini.
Perubahan Dekorasi Ruang Kecil Sebelum
Set meja makan dari Mixhome Design, Klang.
Alas meja jenis cotton, karpet dan aksesori fake book dari Shopee.
Frame rotan di-DIY sendiri.
Hasil Dekorasi Ruang Kecil Bertemakan Hitam Putih Yang Terkini
- Kos pintu sliding adalah dalam RM 1.5K, dibuat di Bukit Raja, Klang
- Sofa dari Caler Home Klang & Shah Alam (Facebook)
- Meja kopi dan meja ruang dapur dari IKEA
Karpet bersaiz 180 cm x 210 cm.
Kabinet ditempah dari kedai kabinet. Kos sekitar RM 5K untuk keluasan 10 x 10. Dilengkapi dengan dapur memasak, sinki dan rak pinggan.
Walau bagaimanapun gaya dekorasinya, ia tetap kemas dan cantik.
Kredit: Shazila Shazalli