Sebuah rumah 2 tingkat di Pasir Gudang, Johor telah direnovasi berinspirasikan Mediterranean dan Santorini pada struktur fasad balkoni hadapan dan rekabentuk pagar melengkung. Dari terbuka kepada lebih privasi, konsep diubah dengan sedikit kerja-kerja menaikkan dinding bata dan pembahagi. Selebihnya ubahsuai dalam rumah memfokuskan ruang tamu atas, ditukar kepada ruang baru (loteng). Sudah berusia 5 tahun (kunci diperoleh pada 29 Disember 2018), rumah inspirasi Mediterranean ini digabungkan dengan dekorasi berkonsepkan Japandi.
Hasil Dekorasi Rumah Menggabungkan Inspirasi Mediterranean & Japandi
Ruang luar fasad tidak dibesarkan. Mengekalkan saiz ukuran dan design asal, 2 kereta bersaiz standard muat diparkir di dalam dan luar. Sign plat nombor acrylic sederhana (di-drill ke dinding) boleh terkena air, tahan panas dan hujan. 3 kamera loceng wireless interkom (tembok depan kiri, tengah pagar, peti surat tembok kanan).
Kotak planter anggaran 1 ft x 4 ft dengan pokok kaktus Opuntia dan giant saguaro, aloe vera dan snake plant/Sansevieria.
Luar balkoni terbuka, cermin melengkung (dinding kiri) dan tanaman lasak tanpa disiram. Ruang atas, bilik tambahan untuk studio fotografi/bilik formal/santai. Tidak sampai setahun dibuat, ia belum selesai sepenuhnya tanpa bumbung/awning gelas.
Mandian outdoor di ruang paip porch. Kos kerja bata RM 1200.
Paip mandian (RM 139) – Shopee
Backsplash wallpaper 4 tahun digunakan.
Bawah Lobi/Tangga Loteng (Pejabat Kecil)
Barang-barang disusun seminimal mungkin, mengelakkan semak, sarat dan serabut. Hanya barang penting (laptop, pencetak, fail-fail kegunaan harian) atas meja, lain-lain disimpan dalam rak.
Board gypsum.
Kerusi – IKEA
Sangat tenang, simple-minimalis. Semoga terinspirasi buat yang mungkin tercari-cari idea rumah bersuasanakan Timur Tengah dan Asia Barat namun praktikal di Malaysia.
Kredit: @sumayyah.co