Saiz bukan penghalang untuk mendeko rumah, kerana rumah yang bersih dan kemas adalah antara perkara yang disukai semua orang dan menenangkan. Contohnya deko rumah apartment (tanpa balkoni) Selangorku di Sepang ini berkeluasan 750 sqft namun kelihatan luas kerana kurang barang. Bertemakan warna grey, hitam dan putih yang simple, ia merupakan rumah pertama pemilik yang dibeli pada 2018 (kunci diperoleh Disember 2020).
Hasil Dekorasi Apartment Tema Grey, Hitam & Putih Yang Simple
Cat Nippon Paint VirusGuard kod warna BGG 1712P Picket Fences.
12 kotak lantai SPC (sekotak 10 keping) untuk ruang hall dan hallway 278 sqft. Foam (30 meter) dipasang dahulu. Kos dalam RM 1100.
6 keping panel dinding flutedĀ 290 cm (dalam 9.5 ft) ditampal dengan gam. Kos RM 600. Lampu LED ditambah agar berseri.
- Pasu hitam – Kaison
- Bakul rotan – Spotlight
- Pokok Yucca, botol minyak, semua bekas pantri – Shopee
- TV 55 inci – @philipshomelivingmy
Kipas Alpha beserta 3 lampu.
- Kebanyakannya barang IKEA seperti kabinet TV, sofa bed Friheten dan meja makan Laneberg boleh lipat, kerusi makan Nisse, almari Billy
- Cermin hallway – @homedecor_byreens.shop
Semua pintu dicat hitam matte. 1 liter RM 18.
Asalnya dapur terbuka, konsep tertutup dibuat dengan pembahagi gypsum board RM 500 dan pintu sliding gelas dan aluminium 5 x 6.5 ft RM 1500 (kontraktor FB Sa Aluminium).
Pintu boleh dibuka kedua-dua belah.
9 x 5 ft berbentuk L.
Material formica laminate warna dark grey (kabinet) dan quartz stone marmar (countertop).
Jubin (kawasan memasak) dan wallpaper 3D 20 keping (kawasan kering).
Karpet – Mr. DIY
Cadar marmar putih dan grey – @nainnamajid.my
Home Office Mini/Bilik Solat
Buaian rotan (@eladeko) dan pampas grass menaikkan seri.
Semoga bermanfaat dan menjadi inspirasi untuk mendekorasi rumah bersaiz sederhana!
Kredit: @adsweethome