Apabila melihat sebuah rumah ini, terasa tenang jadinya kerana dekorasi gaya minimalisnya dengan tema putih dan pencahayaan semulajadi. Baru 8 bulan diduduki, hampir 2 tahun rumah landed ini disiapkan, hasil pembinaan tukang kampung sahaja.
Hasil Dekorasi Rumah Gaya Minimalis Tema Putih
Batu angin/blok pengudaraan.
Sofa – @kaizen_sofa
Kabinet kasut.
Lantai SPC cerah agar ruang kelihatan luas dipasang sendiri (CK Flooring Floor Gallery Malaysia, Cheras).
Rak dapur memasak rumah lama dijadikan meja konsol. Bahagian atas ditampal vinyl dan skirting putih dijahit sendiri. Bawahnya boleh menyimpan barang.
Set meja makan – @sugarhome.my
Foto keluarga digabungkan dengan latar belakang frame (Kaison) bercorak Boho. Background dimuat turun dari Google, disunting menggunakan Picsart dan dicetak saiz 8R. Frame besar A3, sederhana A4, kecil A5.
Lampu – kedai lampu EMIX GM Klang
Bentuk melengkung belakang TV dilukis sendiri.
Aksesori kamera – @saranghaeyowedding GM Klang
Bunga putih (RM 35.80) – Kaison
Meja dan bangku berusia 3 tahun setengah dibuat sendiri menggunakan kayu terpakai.
DIY signage ‘kitchen’:
– Lantai vinyl, board frame – kedai Eco
– Potong vinyl, tampalkan atas board, cari kaligrafi kesukaan, lakar menggunakan pensel atas vinyl mengikut kaligrafi dan ikut semula lakaran menggunakan marker
Penyangkut, kayu penggelek, papan pemotong, sudip – Ninso
Set cadar – @gaiashome_
Bekas bawang lama dijadikan meja sisi.
Tenang dan luas, pemandangan kesukaan ramai pemilik rumah.
Kredit: @rumah_senget