Kecil atau besar, hiasan mahal atau murah, jika rumah sendiri, sudah tentu menjadi tempat paling selesa untuk kita tinggal. Seperti rumah dalam sebuah kawasan kampung di Beranang yang mendamaikan satu keluarga ini. Dekorasi dilakukan sendiri dengan ‘meniru’ idea group dan laman ID. Tiada konsep namun pemiliknya menyukai suasana warm dengan warna-warna earth. Barang juga tidak banyak kerana sukar hendak dikemas selain sukakan ruang lapang, dan pemilihan perabot yang mudah dihilangkan kesan tumpahan dan kotor.
Hasil Dekorasi Rumah Tema Earth Bersuasanakan Warm
Dibiarkan lapang untuk anaknya, berusia 3 tahun, yang lasak. Sebelah kanan ditanam pokok-pokok buah dan pokok-pokok untuk masakan di belakang rumah.
Siling berketinggian 11 ft.
Cat jenama Jotun Majestic kod Timeless.
Lantai SPC ditempah dari Floor Depot.
- Kerusi makan dan kerusi lengan dari Ella Furniture Malaysia
- Meja makan berharga RM 1.5K dari SSF (jualan gudang)
- 2 buah chandelier berharga RM 500+ dari Houses Lightings, Puchong
- Akuarium frame crystal white berukuran 6 ft ditempah, berharga dalam RM 3.1K dari Seazone Innovative (percuma water plant dan 30 ekor ikan). Ia menggunakan teknologi enzim bio untuk mencuci semua kekotoran
- Frame khat dari @urbankayukufi
Meja island ditempah dan dipasang oleh kontraktor.
Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi!
Kredit: Siti Zaharah Md Nor