Apabila sejak kecil sudah terserlah bakat dalam dekorasi dan DIY, sudah besar nanti pasti banyak idea yang dicurahkannya. Sama seperti adik lelaki kepada seorang wanita bernama Lela Saman yang mendeko sendiri rumah bujangnya, hasil bakat yang ditunjukkannya sedari kecil lagi. Selain dekorasi, antara projek DIY yang dihasilkannya ketika kecil adalah lampu dari tong sampah, kolam ikan dan pokok-pokok.
Inilah dekorasi rumahnya yang terkini di musim PKP ini, selepas mereka saling berbalas pendapat mengenainya. Terdapat perabot yang baru, tetapi banyak juga perabot secondhand yang dibeli di kedai di Alor Star. Walaupun secondhand, kebanyakannya masih berkeadaan cantik. Bab DIY pula, banyak lampu di dalam bilik-bilik tidur adalah kerja tangannya. Jom tengok rupa dekorasi rumah lelaki bujang yang berbakat di bawah ini.
Hasil Dekorasi Rumah Bujang. Berbakat Dan Menarik.
Antara hasil DIY lain:
– Wiring lampu ruang makan dan dipasang paip PVC sebagai pemegang
– Stand lampu di tepi sofa
Sofa berharga dalam RM 3K. Sofa lama telah diberikan kepada kakaknya.
Alas meja dari Mr. DIY.
TV diletakkan pada dinding di dalam frame cermin yang sudah pecah.
Meja makan ditampal wallpaper.
Lampu dari kedai lampu, Alor Star.
Dekorasi Ruang Keluarga Di Tingkat Atas
Karpet dijadikan hiasan dinding.
Dekorasi Taman Mini Di Balkoni
Pokok-pokok hijau adalah kegemaran adiknya. Terdapat pokok hidup dan plastik.
Asalnya pagar kawat biasa.
Selamat ‘menjamu mata’ dan mencari idea dekorasi.
Kredit: Lela Saman