Kesukaran selepas berkahwin dan baru ingin memulakan hidup berkeluarga, hanya yang melaluinya akan memahami, khususnya soal rumah. Salah seorangnya iaitu wanita dari Johor Bahru bernama Ain Aida berkongsi buat pertama kali dalam FB group ‘Deco Rumah Cara Shopee (DRCS)’ dekorasi rumah secondhand miliknya yang baru 70% selesai ketika ini dalam gaya simple sahaja. Dibeli olehnya dan suami, Mohamad Hafiz dengan harga RM 300K, rumah ini kosong sewaktu awal masuk maka mereka terpaksa tidur di atas lantai. Perlahan-lahan mendekorasi, kini sudah banyak perubahan yang lebih baik dilakukan terhadap rumah ini.
Sebelum
Hasil Dekorasi Rumah Secondhand Gaya Simple
Sofa berharga RM 3K dari Kinsen Home.
Dinding belakang TV dicat sendiri.
Jam dari Shopee.
Bukan senang hendak senang sehingga ke tahap ini untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Semoga perkongsian ringkas ini memberi inspirasi!
Kredit: Ain Aidaa