Definisi rumah impian tidak semestinya yang berharga jutaan ringgit. Bagi sesetengah orang, ia perlu sesuai dengan bajet yang ada. Seperti sebuah rumah subsale jenis semi-D berkeluasan 30 x 60 di Chemor, Ipoh, Perak ini yang dibeli dengan harga RM 210K. Cerita pemiliknya, rumah yang sudah terbiar selama 4 tahun ini dilihat pada 24 Julai 2021, ditandatangani pada 6 Ogos, memperoleh kunci pada 25 November dan berpindah masuk pada 29 Disember.
Dari mencuci, mengecat, mengemas dan mendekorasi, semuanya dilakukan sendiri tanpa melakukan sebarang renovasi. Boleh lihat perkongsian sebelum dan selepas dekorasi bahagian rumah ini yang sudah selesai.
Hasil Dekorasi Rumah Subsale Semi-D
Hanya tembok tepi dinaikkan memandangkan rumah sebelah kosong.
Wallpaper dari Mr. DIY.
Lantai vinyl beserta gam dan stiker tangga dari kedai Eco.
Bunga dibeli online, kemudian digubah sendiri.
Walaupun mengambil masa yang lama, rasa letih hilang apabila melihat hasilnya. Semoga anda yang lain turut dapat segera memiliki rumah impian dan dipermudahkan urusan membelinya.
Kredit: Mamanya Thasya