Bagaimana hasil ruang yang dihias menggunakan sumber-sumber alam? Jawapannya boleh dilihat pada sebuah bilik tidur ini yang asalnya merupakan tempat menyimpan pakaian dan barang-barang yang tidak digunakan. Namun supaya ianya dapat dimanfaatkan, Nani’s Makeover telah mengubahsuai dan mendekorasi bilik ini dengan tema Zen, menggunakan sumber alami, khas untuk bapanya yang menyukai suasana yang bersih, teratur, rata dan tersusun. Semuanya dihasilkannya sendiri bermula dari mengecat sehinggalah hasil seperti di bawah, demi bapa tersayang.
Dekorasi Bilik Tema Zen, Hasil Guna Barangan Alam Semulajadi
Lampu dibuat menggunakan kotak.
Dinding menggunakan cat biasa jenama SeaMaster. Kemudian, gunakan warna yang sedikit gelap dan campurkannya dengan air sehingga cair. Sapukan sahaja pada dinding menggunakan berus.
Cadar berharga RM 50 dari kedai perabot hotel terpakai.
Rod langsir menggunakan pokok beserta akarnya yang dikutip di sungai di belakang rumah.
Facebook
RSS