Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Elak ‘Sakit Mata’ Lihat Lambakan Baju Pada Almari Terbuka, Buat Seperti Ini
    DIY

    Elak ‘Sakit Mata’ Lihat Lambakan Baju Pada Almari Terbuka, Buat Seperti Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDApril 27, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ada yang rasa sakit mata melihat lambakan baju yang bergantung? Tidak ada masalah untuk yang mempunyai almari, tetapi untuk mereka yang menggunakan jenis almari terbuka atau ‘open wardrobe’ ini, ianya sebuah pemandangan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, bagi mengelakkan ‘sakit mata’ yang berterusan disebabkan lambakan baju tersebut, idea untuk mengubahsuainya telah dikongsikan oleh Niarsly Hazwan dengan bajet di bawah RM 250 sahaja.

    Bagaimana? Dengan meletakkan langsir pada almari terbuka anda. Projek ini dilakukannya pada waktu PKP 2020 yang lalu. Walaupun bajetnya tidak tinggi, tetapi dia boleh mengisi lebih banyak pakaian berbanding menyimpannya di dalam almari. Semua barang adalah dari IKEA kecuali penyangkut pakaian.

    Almari Terbuka Sebelum Ubahsuai

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Contoh Almari Terbuka Sebagai Idea

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Senarai Barangan IKEA Yang Digunakan

    VIEW IN GALLERY

    – Finials jenama Raffig berharga RM 9.90 sepasang

    – Langsir jenama Hannalill berukuran 145 x 250 cm berharga RM 69 sepasang

    – Bracket siling/dinding jenama Betydlig berharga RM 6.90

    – Tempat menyangkut pakaian jenama Mulig berharga RM 19.90

    – Rod langsir jenama Racka berharga RM 15.90

    Hasil Almari Terbuka Selepas Ubahsuai

    VIEW IN GALLERY

    Selepas ini, dia ingin menambah ‘hanging rack’ pada bahagian atas sekali, dan meletakkan kotak di lantai untuk menyimpan barang-barang yang jarang digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    Buat anda yang menggunakan konsep almari terbuka begini, boleh menggunakan idea ini supaya bilik nampak lebih tersusun dan kemas.

    Kredit: Niarsly Hazwan

    idea almari terbuka idea tutup almari terbuka ubahsuai almari terbuka
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Bilik Tidur Bertemakan Zen Guna Sumber Alami, Khas Untuk Bapa
    Next Article DIY Ruang Dapur Bajet Guna Kabinet Knoxhult IKEA. Kos Dalam RM 1700

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.