Dekorasi Mewah Ruang Tamu & Ruang Makan Rumah Teres. Cantik Sangat!

Mohon share tanda suka

Perbezaan pendapat dan minat dalam bab hiasan rumah ini adalah sesuatu yang normal, tambah-tambah dalam kalangan suami isteri. Masing-masing mahu menghias ruang dalaman rumah mengikut minat dan citarasa sendiri.  Zubaidah Din dan suaminya juga menghadapi isu yang sama berkenaan rumah teres mereka yang baru siap direnovasi. Zubaidah meminati warna biru manakala suaminya ingin menggunakan warna tema hitam untuk deko rumah. Walaubagaimanapun, setelah melalui perbincangan, dekorasi rumah mereka akhirnya siap, dengan dilakukan sepenuhnya oleh suami memandangkan dia lebih berbakat dalam bab itu. Hasil dekorasi pada ruang tamu dan ruang makan rumah mereka kelihatan begitu mewah dan cantik.

Semua perabot di dalam rumah adalah ‘Made in China’. Tuan rumah pergi ke China sendiri sewaktu belum musim Covid. Selepas munculnya Covid, barangan rumah dipesan melalui aplikasi WeChat sahaja. Antara barangan tersebut adalah:

– Sofa

– Cermin di ruang tamu

– Karpet ruang tamu dan ruang makan (ambil saiz paling besar). Untuk ruang makan, ia berukuran 2.4 m x 3 m

– Kerusi dan meja makan

– Lampu ruang makan

– Deko dinding ruang tamu

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Untuk cermin, tuan rumah mengupah tukang beserta barang-barang mereka. Kos adalah dalam RM 6000++ termasuk panel dan cermin.

VIEW IN GALLERY

Kredit: Zubaidah Din

Tags: #deko mewah rumah teres #idea deko ruang makan #idea deko ruang tamu

DIY Lukisan Hati Berlapis Dengan 4 Langkah Ringkas. Cantik! Sesuai Sebagai Hadiah
Mohon share tanda sukaSekiranya anda sedang mencari hadiah hari istimewa yang sesuai untuk
Pemilihan Sheen Cat Yang Terbaik & Sesuai Dengan Ruang Rumah. Bagaimana?
Mohon share tanda sukaMemilih sheen cat yang betul hampir sama pentingnya dengan mendapatkan
DIY Pembinaan Framing Pendiangan Palsu Elektrik Rupa Tradisional Pada Dinding
Mohon share tanda sukaTidak mempunyai pendiangan? Rumah kecil namun teringinkannya? Ini DIY sebuah
Ubahsuai Dresser Hemnes IKEA Kosong Kepada Dresser Ombre Inspirasi Tembikai
Mohon share tanda sukaBagaimana hendak mengecat dresser ombre? Pernah terfikir untuk mengecat dresser

Comments are closed.