Hiasan Ruang Tamu Kecil – 6 Tips & Trik Patut Anda Cuba

Kebanyakan idea dekorasi ruang tamu kecil biasanya memanipulasi mata untuk jadikan ruang nampak lebih luas. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan ruang tamu yang kecil tampil lebih selesa. Untuk itu kami akan kongsi beberapa idea di bawah. Mungkin idea yang akan kami bawakan ini sudah diketahui ramai. Tetapi, ia masih relevan dalam memastikan hiasan ruang tamu kecil lebih sempurna.

Hari ini kami bawakan kepada pembaca hias beberapa tips serta contoh dekorasi ruang tamu kecil yang pasti buat anda teruja. Siapa tahu, mungkin ada di antara contoh ini sesuai dengan citarasa anda. Walau sekecil mana pun ruang tamu anda, ia layak untuk dijadikan tempat untuk berehat sambil berhibur bersama keluarga. Inilah tips dan contoh hiasan ruang tamu yang kecil patut anda nilai.

Baca juga : Idea dekorasi ruang tamu rumah teres

1. Gunakan cermin hiasan

VIEW IN GALLERYCermin hiasan moden untuk dekorasi ruang tamu nampak lebih luas

Trik menggunakan cermin pada dinding selalu digunakan oleh kebanyakan pakar hiasan dalaman untuk pastikan ruang nampak lebih luas. Bukan itu saja, cermin hias dinding juga mampu menjadikan ruang tampil lebih elegant dengan gaya tersendiri.

2. Guna warna neutral untuk ruang tamu

VIEW IN GALLERYDekorasi ruang tamu kecil dengan warna dinding cantik

Guna warna neutral pada dinding, siling, lantai atau hiasan perabot contohnya kusyen. Warna neutral lebih diberi keutamaan kerana ia mampu bangkitkan rasa tenang dan buat ruang tamu anda nampak lebih luas. Sebagai contoh, ruang tamu dengan warna beige mampu jadikan ruang lebih menyerlah pada ruang kecil.

3. Guna meja kopi yang sesuai

VIEW IN GALLERYIdea dekorasi ruang tamu sempit dengan penggunaan meja kopi kecil

Untuk ruang yang kecil mungkin anda perlu ubah balik meja kopi kepada saiz yang lebih kecil. Dari sebuah meja kopi yang bersaiz besar anda mungkin boleh tukar kepada 2 meja bulat yang bersaiz kecil. Bukan saja cantik untuk ruang yang kecil malah bagus untuk “traffic flow”, dan mudah alih.

4. Pilih perabot bersaiz kecil

VIEW IN GALLERYIdea dekorasi ruang tamu kecil dengan perabot set sofa simple

Senarai tips dekorasi ruang tamu kecil di atas seakan tidak lengkap tanpa idea pemilihan perabot. Saiz perabot adalah penting untuk diambil kira agar ruang tamu yang kecil tidak terlalu sesak. Pilih perabot yang tidak terlalu besar kerana ini akan menjimatkan ruang. Guna konsep yang biasa kita dengar dalam hiasan dalaman – “Less is More”.

5. Susunan perabot

VIEW IN GALLERYDekorasi ruang tamu rumah sempit dengan perabot rendah

Cuba susun set sofa atau kerusi di tengah-tengah, berbanding meletakkan kerusi rapat ke dinding. Jika anda tinggalkan jarak di antara perabot dan dinding, ini akan buatkan ruang tamu nampak lebih luas dan selesa. Idea lain yang juga selalu digunakan ialah dengan memilih perabot yang lebih rendah.

6. Gantung hiasan dinding

VIEW IN GALLERYHiasan dinding ruang tamu kecil dengan seni kufi

kredit : kaligrafi93

Anda boleh tampilkan hiasan dinding untuk berikan ilusi berbeza pada mata. Ini adalah helah untuk membawa mata fokus kepada hiasan dinding yang seterusnya jadikan ruang nampak lebih luas. Bukan saja berfungsi sebagai hiasan, penggunaan kaligrafi contohnya, untuk hiasan dinding juga memberikan identiti tersendiri kepada pemilik rumah.

Baca juga : Dekorasi Ruang Tamu Rumah Teres

VIEW IN GALLERYHiasan ruang tamu

Idea manakah yang menjadi pilihan untuk dekorasi ruang tamu kecil anda? Berikan pandangan atau pendapat anda dengan kami.

Related Posts

Ubahsuai Dekorasi Ruang Tamu Berkonsepkan Moden Dengan Pendiangan Custom

Beberapa perubahan memberi impak besar dalam ruang. Bagi sebuah ruang tamu ini, yang utamanya, pendiangan gas serba baru. Menerima ubahsuai penuh atas ke bawah, ruang didekorasi berkonsepkan…

Ubahsuai Dekorasi Ruang Tamu Konsep Moden Mid-Century Maskulin Rupa Eklektik

Ruang tamu kawasan pertama dilihat dalam rumah. Maka dekorasi sebuah ruang tamu ini diubahsuai dengan memfokuskan design moden mid-century maskulin dan menggabungkan elemen muzikal. Artwork tidak sepadan…

Dekorasi Ruang Tamu Kedua Dengan Cat Hitam. Walau Gelap, Masih Terasa Cerah!

Mengosongkan ruang untuk cat sangat baik untuk membantu memikirkan cara menyusun perabot. Sebuah ruang tamu kedua ini selesai dicat hitam warm lembut dengan lebih kepada base coklat…

Idea Dekorasi Ruang Tamu Townhouse Dengan DIY Pendiangan & Dinding Accent

Satu cabaran dekorasi adalah memikirkan idea kerana ianya mengambil masa. Sekiranya ada yang memerlukan, lihat sebuah townhouse ini. Mempunyai ruang tamu kecil berbentuk janggal, panjang 204” dan…

DIY Dinding Accent Bersuasanakan Tradisional Dalam Ruang Tamu Moden (Fasa 2)

Selepas membuat kotak trim luaran (fasa 1), fasa 2 mengenai bagaimana hendak menaiktaraf dan menambah karakter pada dinding accent tradisional untuk menaiktaraf ruang tamu moden. Maka, projek…

DIY Dinding Accent Bersuasanakan Tradisional Dalam Ruang Tamu Moden (Fasa 1)

Tidak pasti apa yang perlu dilakukan dengan dinding kosong? Memerlukan sesuatu yang istimewa? Dinding accent bagus dalam menambah titik tumpuan pada ruang. Meniru dinding accent tradisional bilik,…