Walau apapun jenis konsep, tema dan gaya dekorasi yang dipilih, pasti akan dilakukan semampunya mengikut kesesuaian bajet. Begitu juga dengan seorang wanita bernama Natasha yang berkongsi dekorasi rumahnya dalam FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’. Minimalis dengan gabungan konsep scandi dan bohemian, barang-barang IKEA, kedai Eco, Shopee dan Mr. DIY digunakan untuk rumahnya.
Hasil Dekorasi Rumah Menggabungkan Konsep Scandi & Bohemian
- Meja makan dari IKEA. Permukaannya dibalut wallpaper disebabkan sudah tidak elok dan menggelembung
- Kerusi makan, bekas tidur kucing dan bekas sudu garfu dari Shopee
VIEW IN GALLERY
Kerusi rotan dan meja sisi dari datuknya di-varnis semula.
Bunga pampas dari Cempaka Ventures Selangor (FB) dan pasunya dari Mr. DIY.
Bekas kuih kaca.
Anda juga boleh mendekorasi kediaman sendiri yang bersesuaian dengan bajet dengan semampunya.
Kredit: Natasha Haryantie