Rumah yang agak lama tanpa penghuni perlu direnovasi dan diperelokkan semula. Itu yang dilakukan terhadap sebuah rumah kecil berkeluasan dalam 900 sqft dengan 3 buah bilik tidur dan sebuah tandas di daerah Miri, Sarawak. Dengan anggaran kos RM 25K (tidak termasuk perabot dan alatan elektronik), ia didekorasi dengan simple sahaja tetapi selesa.
Sebelum dan Selepas Reno dan Deko Rumah Kecil, Simple dan Selesa
Pagar dawai hampir roboh, jadi ditukar kepada besi.
Semua cat menggunakan jenama Jotun dan ditambah sedikit pokok bunga.
Living Hall
Perabot lama dihantar ke kampung dan ditukar yang baru dari IKEA dan SSF. Barang-barang perhiasan pula dari Shopee.
Karpet dari rumah lama.
Langsir dari Kaison.
Kos kabinet dapur kering bawah RM 1K.
Bilik Hadapan
Katil secondhand jenama Kura (IKEA) berharga dalam RM 450 dari Carousell.
2 buah meja belajar dari IKEA. Terdapat tempat simpanan di tepi dan laci.
Bilik Tengah/Bilik Serbaguna
Tempat menyimpan segala barangan seperti komputer, beg tangan, bagasi, pakaian, seterika dan sebagainya.
- Almari dan meja (besi dan kaca) dari IKEA
- Karpet dari Nilai 3
Bilik Belakang/Bilik Utama
Katil bersaiz queen dan single.
Lukisan dari Kaison.
Pintu tandas yang sudah mereput.
Ditutup dan diletakkan almari.
Sinki, jubin dan tandas ditukar, dan ditambah pam air. Pintu juga ditukar kepada jenis aluminium dan plastik.
Tingkap antara ruang makan dan dapur.
Ditutup dan diletakkan mesin basuh, pengering dan peti ais.
Jubin dinding dan lantai ditukar.
Laman Belakang
Dahulu bertanah dan terdapat pokok longan, ia sukar hendak diuruskan.
Jadi, ia disimen.
Keselesaan itu yang penting biar bagaimanapun gaya dekorasi yang digunakan.
Kredit: Farah Izza