Siapa yang suka melihat showroom IKEA? Menepati citarasa, seorang lelaki bujang membawa suasana tersebut untuk mendekorasi rumah kondominiumnya di KL menggunakan kebanyakan barang IKEA. Dari seorang penyewa selama setahun bermula Ogos 2018 kepada pemilik pada 2019, tiada sebarang renovasi dan perabot custom. 90% dilakukan dan dipasang sendiri kerana tidak meletakkan bajet yang tinggi, pemiliknya sentiasa akan mempelajari dekorasi rumah.
Hasil Dekorasi Kondominium Bujang Bersuasanakan Showroom IKEA
Kerusi kayu dan kipas hitam terbuang dikutip di tong sampah.
- Lukisan besar, karpet, meja kopi, kerusi rotan hitam, kusyen, lampu meja, sofa Kivik (sarung hijau turquoise tekstur kelinge/pleated dan beige) – IKEA
- Pampas – Shopee
Meja (hujung) – IKEA
Wiring lampu mengupah orang.
- Rak TV – IKEA
- Pasu rotan (rak) – Shopee
- Lilin (rak) – H&M Home
Pemilik ‘jatuh cinta’ dengan 2 tingkap sisi memanjang kerana jarang diihat pada bangunan rumah high-rise. Hanya menggunakan bidai dari awal masuk.
- Bakul (diletakkan tuala dapur), lukisan Gronby (RM 299), jam – IKEA
- Frame ‘Alhamdulillah’ – @tasniim_creative88
Storan Hauga IKEA beige (RM 1555) kombinasi kabinet (2 pintu, pintu gelas, 3 laci) menyimpan koleksi pinggan mangkuk. Dibeli asing, kabinet laci ditukar kepada kabinet tinggi 2 pintu.
- Bunga (kiri), mangkuk polka dot dan bawahnya – Nitori
- Le Creuset hitam – @l_orchidsuk
Wallpaper coklat ditampal sehingga siling.
Dicat hitam sehingga siling.
Pembahagi kanan di-DIY/di-hack menggunakan pintu Billy/Oxberg IKEA (3 unit 60 x 180 cm kaca atas, 1 unit 40 x 180 cm kaca atas bawah). Kos dalam RM 600 lebih.
Ruang paling sesuai dan memudahkan aktiviti mendobi, laundry diletakkan dalam bilik tidur disebabkan belakang rumah dibuat tempat kucing. Mesin basuh 2-dalam-1.
Home Office
Pokok palsu Fejka – IKEA
Semoga menjadi idea dekorasi untuk golongan bujang!
Kredit: @rifashmadaan