Walaupun ibu dan ayah sudah tiada, rumah pusaka atau warisan mereka perlu dijaga dengan elok, terutamanya apabila ia diserahkan kepada anak. Seperti sebuah rumah kampung dengan 5 buah bilik milik ibu mentua seorang wanita ini yang ‘diturunkan’ ke suaminya. Dengan kombinasi kayu (atas) dan batu (bawah), ia dinaiktaraf sedikit demi sedikit mengikut peredaran semasa. Apa yang tidak penting sebolehnya dikurangkan agar minimalis dan ‘sedap’ mata memandang, maka semua yang ada hanyalah keperluan dengan perabot mampu milik.
Hasil Dekorasi Rumah Pusaka Kampung Gaya Minimalis
Beranda Pintu Utama
Lampu antik sudah berusia 46 tahun lebih.
Lantai kayu tingkat atas dipasang karpet.
Ruang Tamu
Ruang Santai Keluarga
Lantai tingkat bawah sudah dipasang vinyl lebih 11 tahun.
Dapur Kering
Langsir ala-ala rumah country dari England (dibeli oleh kakak ipar) sudah berusia 26 tahun lebih.
Yang penting selesa dan ada tempat berteduh untuk ahli keluarga dan sanak-saudara yang pulang berkumpul.
Kredit: EllyMaswati Mohd Zan