Rumah yang kecil juga boleh didekorasi, namun perlu menggunakan perabot yang sesuai. Salah seorang pemilik rumah kecil bernama Zarazila Mohamad berkongsi dekorasi rumah rehat jenis studio berkeluasan 459 sqft di Semenyih. Mempunyai sebuah bilik tidur dan bilik air, dia memilih konsep scandi yang simple. Hanya pulang ke rumah ini pada waktu hujung minggu atau cuti, dia memiliki banyak idea dekorasi namun disebabkan ruang yang sangat terhad, barang-barang deko sentiasa dialih agar tidak jemu.
Hasil Dekorasi Rumah Studio Konsep Scandi Simple
Lantai dimop 3 kali sehari menggunakan syampu.
- Almari perhiasan dari IKEA
- Sarung bantal dari Shopee
- Bunga tulip dari Romantika
Menurutnya, dia bukan peminat oren tetapi dalam dekorasi, warna memainkan peranan yang sangat penting dalam menyerlahkan ruang.
- Karpet dari Nilai
- Kerusi dari kedai perabot
Meja konsol ditempah.
Seronok bukan apabila mendeko rumah sendiri? Walaupun kecil, yang penting tenang dan selesa. Barulah membahagiakan dan puas hati.
Kredit: Zarazila Mohamad