Asalkan ‘sedap’ mata memandang, apa-apa sahaja yang bersifat tona earth dan warna neutral seperti kayu akan menarik perhatian. Itulah tema dekorasi sebuah rumah teres intermediate di JB yang sudah 7 tahun diduduki ini.
Hasil Dekorasi Rumah Teres Tema Earth & Neutral
Dinding shiplap papan MDF luar sudah 3 tahun dipasang.
- Jubin 40 cm x 40 cm (lebih kurang RM 5.50/sekeping) – HomePro, JB
- Pintu keselamatan dengan kunci digital – @topsecuritydoor, JB
Placemat – IKEA
Asalnya coklat gelap, meja sarapan ditukar/diubahsuai kepada stiker dinding marmar putih besar 80 cm x 3 m (RM 36.40 – RM 74.10, Shopee). Sudah 2 tahun digunakan.
Pintu bilik air boleh lipat (Shopee China) membolehkan pencahayaan semulajadi tambahan memasuki ruang dapur. Acrylic matte menutup pandangan dalam.
Tuala tangan – Norwex
– Kabinet hadapan pengering, tong sampah tersembunyi pull-out (IKEA) untuk membuang sisa makanan. Ubat gegat pewangi tandas diletakkan, mengelakkan lipas, cicak, lalat, semut dan bau busuk
– Bawah karpet dilapis anti-gelincir Stopp (IKEA), mengelakkannya dari bergerak
- Pili hitam – Mr. DIY
- Pengering pinggan mangkuk, bakul dan pot gantung, pemegang tuala kertas – IKEA
- Pemegang pisau – @jamieoliver
- Papan serving – @ruma_home
Backsplash cermin memberi efek luas dan kelihatan sedikit lapang pada dapur kecil memanjang.
Papan pemotong – IKEA
Set perkakas silikon 11 keping.
- Unit rak, balang berpenutup, bakul, bekas makanan – IKEA
- Balang gelas berpenutup buluh, rak rempah putar dan kayu, klip bakul plastik, dispenser beras, beg jaring sayur, dulang telur – Shopee
- Bakul plastik, bekas makanan – Daiso
Bilik Kucing
Kotak litter kecil (Kaison) mempunyai tray yang boleh ditarik keluar tanpa membuka pintu. Lubang penutup untuk mencurahkan pasir dan pengudaraan.
Semoga bermanfaat dan menginspirasikan untuk dijadikan idea dekorasi!
Kredit: @syurga.andika