Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Accent Wall Corak Board And Batten Sebagai Latar Belakang Ruang TV
    DIY

    DIY Accent Wall Corak Board And Batten Sebagai Latar Belakang Ruang TV

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 24, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Diy Accent wall
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bagi menampakkan ruang TV yang elegan, pemilihan accent yang menjadi latar belakang keseluruhan dinding amat diperlukan. Jenis corak accent juga memainkan peranan bagi menampakkan ruang yang eksklusif dan santai. Maka, accent wall bercorak board and batten dibuat pada dinding berketinggian 12 kaki dengan kelebaran 10 kaki, menggunakan bahan lebihan plywood kabinet perapian berketebalan 12 mm yang dipotong selebar 3 inci.

    Proses DIY Accent Wall Board & Batten

    VIEW IN GALLERY

    Untuk mendapatkan potongan yang sepadan, table saw digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Rongga-rongga pada bahagian bucu diisi dengan filler kayu sebelum dicat undercoat untuk keseluruhan permukaan luar.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Untuk melekatkan kepingan-kepingan plywood ke dinding simen, silikon gam digunakan. Untuk mendapatkan daya lekatan yang kuat, corak zig-zag dibuat pada plywood. Permukaan dinding diketuk sedikit setelah dilekatkan.

    VIEW IN GALLERY

    Keluasan dinding dibahagikan sekata supaya jarak antara plywood yang disusun di dinding seragam. Perisian Google SketchUp digunakan untuk kerja-kerja pengiraan.

    Untuk corak bawah, lebihan papan 1″ x 4″ digunakan kerana ingin menyembunyikan beberapa kabel di dalamnya. Dilekat menggunakan wall plug dan gam silikon untuk menampung kekuatan bebanan kayu dan kabel. Alur untuk menempatkan kabel dibuat menggunakan mesin router mata bit semi-bulatan.

    VIEW IN GALLERY

    Permukaan dilicinkan menggunakan kertas pasir.

    Silikon putih (gap filler) digunakan bagi menutup segala ruang/rongga antara cantuman supaya tiada serangga akan membuat sarang di celahannya. Peralatan caulking turut digunakan untuk kemasan silikon.

    VIEW IN GALLERY

    Setelah kering, bahagian atas menggunakan cat air Sancora kod 7574 Woodgrove dan cat air putih pada bahagian bawah.

    Hasil DIY Accent Wall Bercorak Board & Batten

    VIEW IN GALLERY

    Selamat men-DIY!

    Kredit: Mail DIY

    accent wall board & batten diy accent wall idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDari Tempat Pembuangan, Ubahsuai Kabinet TV Tahun 1950-an Ini Nampak Baru
    Next Article Deko Rumah Teres Konsep Inggeris Moden & Farmhouse Dengan Warna Neutral

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.