Perkongsian projek DIY kali ini adalah hiasan dinding dengan citarasa farmhouse dari bahan-bahan terpakai. Masdura Selamat dan suami mengusahakan ‘signage’ yang simple untuk hiasan dinding menggunakan lapik kek bersaiz besar dan kertas dari kotak terbuang. Kerja-kerja penyediaan awal dilakukan oleh suaminya manakala dia mengambil alih bahagian ‘soft skill’ iaitu mewarna dan mengecat, dekorasi dan hasil akhirnya.
Langkah-Langkah DIY ‘Signage’ Guna Bahan Terpakai
Sebelum memulakan projek, sapukan selapis cat kapur water-based.
Gunakan kotak keras untuk kesan tebal pada lapik kek.
Suai padankan.
2 kertas kotak yang diukur dan dipotong bulat, seterusnya dilapik untuk kelihatan tebal.
Gunakan tisu sebagai penyudah. Koyak-koyakkan tisu, sapukan gam dan lekatkan sahaja. Tunggu sehingga betul-betul kering sebelum ke proses seterusnya.
Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja mengecat pada bahagian tersebut.
Wujudkan kesan dan rupa ‘papan’ yang lapuk dan telah mengalami pengelupasan. Caranya, sapukan gam latex dan biarkan kering. Sapukan pula cat kapur water-based dan biarkan kering. Ia akan merekah dengan sendiri.
‘Lettering’ Dan Cat
Hasil DIY Hiasan Dinding ‘Signage’ Konsep Farmhouse
Puas hati apabila dapat menghasilkan hiasan dinding sendiri dari bahan terbuang. Kos membuatnya pun 0 ringgit sahaja dengan menggunakan apa yang ada di rumah. Diharap dapat menginspirasikan mereka yang suka menghias kediaman.
Kredit: Masdura Selamat