• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Dapur

DIY Label Stiker Bekas Masakan Semudah ABC!

DIY Label Stiker Bekas Masakan Semudah ABC!
Nurul Husna MD
July 20, 2020
Mohon share tanda suka

Mudah kan kalau ada label pelekat untuk bekas-bekas bahan masakan ni? Walaupun kita dah terer mengenalpasti bahan-bahan tersebut, tetapi nampak lagi kemas dan comel kalau ada label-label ini pada bekas. Selain daripada dijual di kedai-kedai dan online, ia juga boleh dilakukan sendiri secara DIY. Banyak cara yang boleh digunakan, salah satunya adalah yang dikongsikan oleh Azian Imran dalam akaun Facebooknya ini. Yang penting, ianya sangat mudah dan kita bebas untuk mempelbagaikan gaya dan corak label mengikut kita sendiri. Jom kita mulakan!

VIEW IN GALLERY

Guna Microsoft Word atau Excel atau apa-apa sahaja untuk menaip nama-nama label mengikut citarasa sendiri, kemudian print label-label tersebut.

VIEW IN GALLERY

Guna selotape, kemudian potong dan lekatkan di atas nama-nama label yang telah diprint. Contoh adalah seperti di bawah.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Langkah ini adalah penting. Gosok atau tekankan tape atas tulisan bertujuan supaya tulisan itu akan melekat pada tape. Terpulang pada kita untuk gunakan apa-apa untuk menggosok.

VIEW IN GALLERY

Selepas itu gunting nama-nama ini mengikut saiz yang diinginkan.

VIEW IN GALLERY

Langkah ini juga adalah penting. Selepas selesai gunting, rendamkan nama-nama label dalam air suam sekurang-kurangnya dalam 1 minit 40 saat atau 2 minit. Ia akan bergulung seperti ini menandakan tulisan sedia untuk ditanggalkan.

VIEW IN GALLERY

Tanggalkan dengan menggosok-gosok perlahan kertas dalam air. Kertas akan mudah tertanggal kerana telah menjadi lembut direndam dan meninggalkan hanya tulisannya. Jika tulisan tidak melekat, ia bermakna tape tidak digosok dengan baik dan betul sewaktu langkah ketiga.
VIEW IN GALLERY
Tak perlu lap atau tunggu label sehingga kering. Boleh terus tampalkan pada balang mengikut nama-nama yang telah dibuat dan biarkan ianya kering sendiri. Sebelum kering, adjust kan label supaya terletak dengan elok. Then, siap! Memang betul lah semudah ABC saja.
Kredit: Azian Imran
Related Itemsidea diy label bekasmudah dan ringkastips barang tersusun
Dapur
July 20, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea diy label bekasmudah dan ringkastips barang tersusun

More in Dapur

Kosong & Bosan, Transformasi Dapur Ini Bertemakan Biru Dengan Suasana Kafe

Nurul Husna MDJune 28, 2022
Read More

Transformasi Dapur Kepada Konsep Moden Bertemakan Warna Hijau Zaitun

Nurul Husna MDJune 27, 2022
Read More

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Jadikan Suite, Ini Transformasi Tempat Simpanan Mainan Kepada Dapur Kecil

Nurul Husna MDJune 14, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Kosong & Bosan, Transformasi Dapur Ini Bertemakan Biru Dengan Suasana Kafe
    DapurJune 28, 2022
  • Transformasi Dapur Kepada Konsep Moden Bertemakan Warna Hijau Zaitun
    DapurJune 27, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Lihat Bagaimana Kreatifnya Ruang Dapur Oleh Wanita Ini
DIY Feature Wall Bilik Tetamu Pakai Sellotape Je?!