• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Dapur

Lihat Bagaimana Kreatifnya Ruang Dapur Oleh Wanita Ini

Lihat Bagaimana Kreatifnya Ruang Dapur Oleh Wanita Ini
Nurul Husna MD
July 20, 2020
Mohon share tanda suka

Siapa sangka surirumah ini merupakan seorang yang begitu kreatif? Sedang orang lain kebiasaannya akan membuang barangan yang sudah tidak digunakan, Norpadilah Afandi bijak mengubahsuai barangan itu kepada fungsi yang lain. Dia mengitar semula barang-barang seperti tingkap lama dan daun pintu kabinet untuk dijadikan sebagai hiasan pada dinding untuk ruang dapurnya. Selain itu, dia juga berbakat dalam DIY kerana kebanyakan barang dapur seperti kabinet, meja, rak, bekas bawang dan bekas-bekas simpanan lain adalah hasil tangannya sendiri. Walaupun hanya sebuah dapur kampung tetapi oleh kerana kreativitinya itu, ia seolah-olah berada dalam suasana ruang yang berkonsepkan gaya classic english. Cara Puan Norpadilah ini mendekorasi dapurnya perlu dicontohi kerana ia bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi juga mengelakkan kita daripada melakukan pembaziran dengan membuang barang-barang yang masih boleh digunakan.

VIEW IN GALLERY

Kabinet putih itu asalnya merupakan kabinet kasut dan berwarna hitam. Tuan rumah mengecatnya semula dengan warna putih untuk dijadikan kabinet dapur. Ia boleh didapati di kedai perabot berharga RM 100++. Cat kabinet menggunakan cat minyak berharga RM 18 – RM 20 untuk 1 liter. Tetapi tuan rumah mencadangkan untuk memakai cat jenama Dulux jenis water-based yang lebih baik.

VIEW IN GALLERY

Kabinet di bawah dapur pula dibuat sendiri menggunakan konsep barn door.

VIEW IN GALLERY

  • Bekas telur diDIY dari dulang hantaran dan hiasan di belakangnya adalah dari tingkap lama
  • Bekas-bekas rempah menggunakan bekas terpakai manakala raknya sama seperti kabinet dapur di sebelah
  • Frame hijau dari Romantika

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Laci lama digabungkan dengan kaki sebuah pasu untuk dijadikan rak simpanan bahan masakan.

VIEW IN GALLERY

  • Tuan rumah menjumpai daun pintu kabinet kasut ini di tempat pelupusan sampah dan terus dijadikan hiasan dinding dapur
  • Hiasan dulang dan kotak tanaman pokok diDIY dari kayu dan papan pallet
  • Cermin dari kedai perabot
  • Wallpaper bercorak batu-bata dari Eco Shop

VIEW IN GALLERY

Hiasan dinding diDIY menggunakan papan terbuang dan frame dari kayu. Ayat di papan ditulis dengan pen paint marker.

Kredit: Norpadilah Binti Afandi

Related Itemsclassic english styleidea deko dapurtips jimat
Dapur
July 20, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsclassic english styleidea deko dapurtips jimat

More in Dapur

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Jadikan Suite, Ini Transformasi Tempat Simpanan Mainan Kepada Dapur Kecil

Nurul Husna MDJune 14, 2022
Read More

Lebih ‘Ringan’, Cerah & Selesa, Ini Hasil Ubahsuai Dapur & Ruang Makan

Nurul Husna MDJune 8, 2022
Read More

Harga Mahal Nak Beli Baru, Wanita Ini Ubahsuai Sahaja Peti Ais Sedia Ada

Nurul Husna MDMay 31, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Bilik Tetamu Gaya Maskulin Moden Dengan Accent Wall Corak Hexagon
    Bilik TidurMay 27, 2022
  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Hasil Deko Berbakat Rumah Pertama Si Bujang
DIY Label Stiker Bekas Masakan Semudah ABC!
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp