Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»DIY Meja Banquet Jadi Kabinet Dapur
    Dapur

    DIY Meja Banquet Jadi Kabinet Dapur

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 23, 2020Updated:March 30, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    dapur selepas
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Nak buat macam mana ya kalau kita duduk rumah sewa yang tak lengkap dengan kemudahan asas? Pening kepala fikir bagaimana nak sesuaikan diri dengan persekitaran yang kurang selesa macam itu. Sebagai contohnya, ruang dapur yang tidak ada apa-apa melainkan sinki saja. Tiada tempat untuk nak letak barang-barang lain. Sama seperti keadaan yang dialami oleh seorang surirumah ini iaitu Puan Adiha Adib. Namun, dia bersama suaminya berganding bahu mendekorasi ruang dapur itu secara DIY. Hasilnya bertukar menjadi satu persekitaran yang berbeza berbanding sebelumnya dengan idea Diy kabinet dapur yang cukup bijak ini.

    Puan Adiha juga berkongsi caranya membuat DIY kabinet dapur dengan menggunakan meja banquet. Jom kita tengok perubahan yang dilakukan.

    VIEW IN GALLERYdapur sebelum

    VIEW IN GALLERYdapur selepas

    Puan Adiha menggunakan BTL Home Deco PVC Wallpaper bercorak ‘brick’ bergred C berukuran 10 meter yang berharga RM 20. Ia didapati di pasaraya GM Klang Blok P3.

    VIEW IN GALLERYdapur selepas 1

    Wallpaper ‘marble’ itu pula dibeli melalui aplikasi Lazada berharga RM 27 untuk 6 meter.

    VIEW IN GALLERYdapur selepas 2

    Diy kabinet dapur  : Bekas-bekas yang berisi bahan-bahan masakan dibeli dari kedai Eco dan setiap satu bekas itu berharga RM 2+.

    VIEW IN GALLERYdapur selepas 4

    Langsir meja dan ‘velcro’ di atas berharga RM 83 dan ‘skirting’ yang digunakan dibeli melalui Shopee.

    VIEW IN GALLERYdapur selepas 3

    Rak yang digunakan di atas berjenama Lerberg dan boleh didapati di IKEA berharga RM 69.

    VIEW IN GALLERYdiy meja

    Seterusnya, bagaimana Puan Adiha menukar meja banquet menjadi DIY kabinet dapur? Pertama sekali, beliau menggunakan meja bersaiz 76 x 122 x 45 cm. Meja ini boleh didapati di Carousell dan Shopee. Kedua, beliau membeli 2 keping kayu terpakai berharga RM 25. Ianya mestilah mempunyai kelebaran yang sama dengan sinki dan kepanjangannya mengikut pada keluasan ruang dapur.

    VIEW IN GALLERYdiy meja 1

    8 batang besi untuk 2 meja berharga RM 17 digunakan untuk selaraskan ketinggian meja menyamai sinki. Besi tersebut dihantar untuk ‘welding’ untuk lebih kukuh serta dicat. Kemudian, wallpaper tadi dipasang pada kayu.

    VIEW IN GALLERYdiy meja 2

    Akhirnya, velcro untuk langsir meja ditampal menggunakan gam jenama Dunlop berharga RM 3+ daripada kedai DIY. Siap!

    Ada yang terinspirasi melihat hasil Diy kabinet dapur mereka?

    Kredit: Adiha Adib

    diy kabinet idea deko makeover dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTransformasi Rumah Sewaktu PKP
    Next Article Dekorasi Bajet Rumah Sewa Papan

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.