Nurseri hampir selesai dengan sempurna? Boleh menambah sentuhan lain dengan DIY mobile bayi dahan ini. Kepingan kayu ini telah digunakan dalam bilik kanak-kanak lain. Kini ia dihasilkan semula untuk sebuah nurseri. Bagus kerana boleh menjadi kreatif seperti disukai dengannya, tiada 1 perkara spesifik diperlukan selain supply untuk membinanya bersama. Hanya perlu merasa di mana untuk meletakkan segala-galanya dan ‘bermain-main’ dengannya sehingga berpuas hati.
Proses DIY Mobile Bayi Dahan
Memerlukan:
– Dahan dekoratif
– Bunga palsu, daun palsu, bulu cantik, mainan kecil, apa-apa yang sesuai dengan deko
– Pistol gam panas
– Wayar memancing (kukuh dan berguna + tidak dapat melihatnya apabila digantung)
– Cat (optional)
Penting menggantung dahan kerana boleh disesuaikan semasa ‘bekerja’ dan melihat bagaimana ia kelihatan tergantung berbanding dibaringkan rata atas tanah.
Mahukannya kelihatan organik, bunga dan daun kecil lain ditambah ke tempat berbeza.
Sentuhan akhir, menambah burung hantu kecil comel untuk menyatukan ruang nurseri selebihnya.
Hasil DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Nurseri
Boleh customize-nya dengan apa yang sesuai dengan deko!
Kredit: Remington Avenue