Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Partition Kabinet TV Guna Plywood & Wallpaper. Kos Dalam RM 200 Je!
    DIY

    DIY Partition Kabinet TV Guna Plywood & Wallpaper. Kos Dalam RM 200 Je!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 1, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    deko ruang tv
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Hendak membeli atau menempah penghadang atau partition untuk rumah kita memerlukan kos yang agak besar. Tetapi kini ia boleh dihasilkan sendiri sahaja dengan kos yang murah. Seorang lelaki, Mas Indra telah menghasilkan DIY partition untuk kabinet TVnya dengan kos keseluruhan lebih kurang RM 200 sahaja. Pada mulanya, dia ingin menggunakan kayu bluti 3″ x 3″ namun atas faktor harga, dia akhirnya memilih 2 keping plywood (5 mm), skru, stapler gun dan wallpaper. Melalui DIY ini, dia memperoleh 10 buah tiang untuk dijadikan partition.

    Proses DIY Partition Kabinet TV

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 1

    VIEW IN GALLERYgrinder bulat

    Mata grinder jenis bulat. Fungsinya sama seperti kertas pasir tetapi sedikit kasar dan keras. Boleh gosokkan terus dengan tangan atau menggunakan hand drill. Terdapat di Mr. DIY.

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 2

    Wainscoting juga dibuat sendiri menggunakan kayu berharga RM 40 – RM 60 dari Shopee.

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 3

    Stapler gun berharga dalam RM 25 dari Mr. DIY, menggunakan ubat jenis 1.2 x 14 mm.

    Staplerkan terus plywood ke plywood. Tetapi perlu betul-betul lurus kerana sekiranya distaple senget, kaki bullet boleh menembus ke luar dan perlu dicabut semula. Jika plywood tebal, boleh menggunakan paku halus.

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 4

    Dimensi kotak berukuran 1 m x 17 cm x 9.5 cm. Boleh membuat mengikut citarasa sendiri.

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 5

    Wallpaper berharga RM 10 dari Shopee.

    VIEW IN GALLERYproses diy partition kabinet 6

    Ratakan wallpaper dan buangkan gelembung angin.

    Hasil DIY Partition Guna Plywood Dan Wallpaper

    VIEW IN GALLERYhasil diy partition kabinet

    Letakkan sahaja kerana ia sudah diukur muat-muat. Ia juga jenis portable yang boleh diubah ke tempat lain.

    VIEW IN GALLERYhasil diy partition kabinet 1

    Tapak dipasang besi bracket. Adjust dahulu lubang skru supaya boleh berdiri.

    VIEW IN GALLERYdeko ruang tv

    Terbaik hasilnya. Boleh cuba!

    Kredit: Mas Indra Sulaiman

    diy jimat partition diy partition kabinet tv idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Bajet Bilik Tidur Kecil Untuk Anak Perempuan Menginjak Usia Remaja
    Next Article Bina Beranda Di Anjung Rumah, Boleh Dijadikan Kafe Mini & Tempat Santai

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.