Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Rak Pokok Bunga Dari Paip PVC, Sesuai Untuk Pasu Yang Kecil & Ringan
    DIY

    DIY Rak Pokok Bunga Dari Paip PVC, Sesuai Untuk Pasu Yang Kecil & Ringan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 21, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Kali ini kami ingin berkongsi sebuah idea DIY rak pokok bunga dari paip PVC yang sesuai untuk pasu yang bersaiz kecil dan ringan. Idea dari Abdul Hadi ini dihasilkan atas permintaan isterinya, dengan cara menyambung paip-paip PVC, alaskan dengan kayu spin terpakai dan skrukan. Maka, jadilah sebuah rak pokok bunga. Boleh menjimatkan ruang juga jika anda mempunyai halaman rumah yang kecil.

    Pemasangan fitting joint agak ketat kerana tidak menggunakan gam. Cuma kayu tersebut di-skrukan ke paip untuk lebih kukuh. Terdapat kayu yang disusun melintang dan menegak untuk memastikan bahagian kiri, kanan, hadapan dan belakang adalah kukuh. Dia juga memperingatkan supaya berhati-hati dalam mengangkatnya kerana ia boleh tercabut jika berat disebabkan tidak ada gam. Selain itu, ia boleh dicabut semula sekiranya mahu mengubahsuai ketinggian atau ‘extend’ mana-mana bahagian.

    VIEW IN GALLERY

    Dia menggunakan ukuran di atas sebagai panduan. Namun, ia tidak lah diambil dengan tepat, perlu diubahsuai mengikut kesesuaian.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tambahan, boleh juga sekiranya ingin memasang roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkannya pada dinding belakang supaya tidak mudah tumbang ke hadapan. Fitting joint bersaiz 3/4 inci atau 20 mm dibeli secara online iaitu Shopee. Paip PVC pula menggunakan jenis sedang (class 6).

    Kos pembuatan adalah lebih kurang RM 100 (untuk paip, fitting joint, skru dan alatan lain-lain) dan menggunakan kayu terpakai percuma. Harga yang masih memuaskan hati memandangkan ia di-DIY.

    HASILNYA:

    VIEW IN GALLERY

    Semoga bermanfaat!

    Kredit: Abdul Hadi

    diy rak pokok bunga idea deko laman rumah idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko & Susun Atur Ruang Pantri Dapur Terbuka Versi Jimat. Kemas Tersusun!
    Next Article Perkongsian Sebelum & Selepas Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat. Cantik!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.