Warna menggembirakan sebahagian orang. Disebabkan itu, sebuah dresser IKEA putih baru diubahsuai kepada dresser ombre berwarna-warni dalam satu projek DIY yang agak mudah. Ingin menambah accent ‘berani’ dalam bilik, semua perancangan pemilihan warna dilakukan sendiri. Hanya memerlukan 3 tona untuk kemasan ombre, palet pic/coral kelihatan sempurna.
Sebelum
Bahan-bahan diperlukan:
- Cat 100% acrylic dan kemasan bebas gloss
- Painter’s tape
- Dulang cat
- Berus cat besar dan sederhana
- Beg sampah (sangat berguna sekiranya mengecat di dalam, melindungi lantai dan cat atasnya)
Proses DIY Ubahsuai Dresser
Cat Para 100% Acrylic Interior Latex tona matte boleh dibasuh dan tidak berbau. Turutan rona/shade dari bawah ke atas setiap laci:
– Lebih gelap: Prairie Sunset
– Medium: Posh Peach
– Lebih cerah: Dainty Peach
Untuk mengekalkan tekstur asal yang sama, dresser tidak di-sand. Undercoat tidak digunakan.
Tanggalkan laci dan tombol, pitakan sudut interior, catkan 3 lapisan setiap warna secara individu, tanggalkan pita, pasangkan tombol dan laci.
Hasil DIY Ubahsuai Dresser Ombre Warna-Warni Palet Pic
Adakah anda akan mencuba DIY ini?
Kredit: Hey Maca