Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY Wainscoting Untuk Hall Rumah Tema Emerald Green. Nampak Lebih Lapang
    DIY

    DIY Wainscoting Untuk Hall Rumah Tema Emerald Green. Nampak Lebih Lapang

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDApril 16, 2021Updated:April 18, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Selesai projek DIY wainscoting ruang tamu rumah bertemakan emerald green hasil kerja pasangan Nuyul dan Taufiq. Bermula dari pemilihan design, kayu, cat dan sebagainya dilakukan bersama-sama. Ruang pula dibiarkan lapang supaya mudah untuk berbaring atau solat. Antara pelbagai jenis wainscoting, mereka memilih kayu kerana sukakan teksturnya dan terdapat design yang pelbagai.

    Walaupun menghadapi cabaran dinding yang berombak, mereka tetap berjaya menghasilkan projek ini. Teruskan membaca untuk melihat hasil DIY wainscoting ruang tamu bertemakan emerald green. Sangat catik hall rumah pasangan ini.

    Bahan DIY Wainscoting Ruang Tamu Yang Digunakan

    VIEW IN GALLERY

    3 design kayu wainscoting yang berlainan telah dipilih. Semuanya dari kedai hardware.

    Skirting berharga RM 25 sebatang (8 kaki dan lebar 2.5 inci), strip berharga RM 17.60 sebatang (8 kaki dan lebar 2 inci) dan frame berharga RM 4.50 sebatang (7 kaki dan lebar 1 inci). Kemudian, dipotong sendiri menggunakan gergaji dan apit-G.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tips Dan Kos DIY Wainscoting Ruang Tamu

    1. Buat lakaran mengikut ukuran hall dan design lebih awal untuk memudahkan kita mengetahui bilangan kayu yang ingin digunakan
    2. Jarak antara kayu yang paling baik adalah 4 inci
    3. Tentukan sama ada inginkan cat penuh, separuh, suku atau tiada cat
    4. Sabar, kental dan buat secara santai-santai sahaja

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kos untuk DIY wainscoting ruang tamu @ hall bersaiz 15 ft x 8 ft:

    4 batang skirting – RM 100

    4 batang strip – RM 70.40

    32 batang frame – RM 144

    4 botol DuralSeal (gam untuk kayu) – RM 30

    4 botol filler silikon – RM 22

    3 gulung masking tape – RM 3

    7 keping kertas pasir – RM 7

    Apit-G – RM 7

    Cat Nippon Paint (4 liter) – RM 140

    Bahan mengecat – RM 18.30

    Cermin Lots dari IKEA – RM 150

    Pemotong cermin – RM 12

    Minyak tanah – RM 2

    Jumlah dalam RM 707.70

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil DIY Wainscoting Ruang Tamu Tema Emerald Green

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Cermin dipotong sendiri menggunakan pemotongnya dan ditampal.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Jika anda suka hasil DIY wainscoting ruang tamu tema emerald green ini, boleh simpan artikel ini untuk rujukan! Hujung minggu ini mungkin boleh cuba Diy wainscoting ruang tamu rumah anda.

    Kredit: Nuyul Nordin

    deko tema emerald green diy wainscoting idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGuna Barang Kedai Eco Sahaja Sebagai Aksesori Deko Rumah. Tetap Wow!
    Next Article Dekorasi Ringkas Dengan Belanja Rendah ‘Playroom’ Untuk Anak-Anak

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.