Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Untuk Isteri, Suami Ubahsuai Bilik Jadi Pejabat
    Idea Dekorasi

    Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Untuk Isteri, Suami Ubahsuai Bilik Jadi Pejabat

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 15, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apakah hadiah hari ulangtahun yang paling bermakna yang anda pernah dapat atau berikan? Adakah anda pernah menghadiahkan atau dihadiahkan sebuah bilik khas sempena hari istimewa tersebut seperti yang dilakukan oleh Mohd Asri ini? Sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, dia dapat merealisasikan satu projek ‘makeover’ sewaktu PKP baru-baru ini. Hadiah dari seorang suami untuk isterinya ini adalah, ubahsuai bilik menjadi bilik pejabat bagi memudahkan isterinya bekerja dari rumah.

    Dengan modal tidak sampai RM 3K, dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan oleh Asri sendiri dari awal sehingga selesai, termasuk dinding dan wiring, dia mengambil masa selama lebih kurang 1 – 2 bulan untuk menyiapkan bilik pejabat ini. Akhirnya, siap sudah pejabat di dalam rumah 2 tingkat ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan untuk isteri yang tersayang.

    VIEW IN GALLERY

    Warna dan pencahayaan memainkan peranan untuk bilik kelihatan luas.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Pintu dicat spray.

    Wainscoting pula menggunakan gabungan plastik dan kayu. Untuk menemukan bucu wainscoting seperti dalam gambar, dia memotong menggunakan mitre saw dan menampal filler sebagai finishing.

    VIEW IN GALLERY

    Kod cat berwarna coklat itu adalah 3616 Pebble Walk jenama Nippon.

    Antara perkongsian barangan yang digunakan dalam bilik ini adalah:
    – Wainscoting berharga RM 300 +- dari Shopee
    – Cat jenama Nippon Paint berharga RM 200
    – Langsir berwarna hijau gelap berharga RM 400 dari Kaison
    – Almari berharga RM 600 +- dari IKEA
    – Kerusi dan meja berharga RM 900 dari SSF
    – Karpet berharga RM 20 dari Nilai
    – Wiring dan 4 biji lampu beserta sebuah raillight berharga RM 100+-

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bukan sahaja memudahkan isteri untuk melakukan kerja, tetapi juga memberikan keselesaan kepadanya dengan dekorasi yang simple dan cantik.

    Kredit: Mohd Asri Apai

    hasil ubahsuai bilik idea deko bilik pejabat idea ubahsuai bilik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Ruang Keluarga Farmhouse Yang Penuh Nostalgia & Hasil Barangan DIY
    Next Article Deko Bilik Tidur Kecil Dengan Tema Yang ‘Sweet’ Tetapi Nampak Mewah

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.