Deko Ruang Keluarga Farmhouse Yang Penuh Nostalgia & Hasil Barangan DIY

Kenangan adalah sesuatu yang tidak mungkin kita lupakan, walaupun fizikal kita tidak bersama mereka yang melaluinya, tetapi hati dan jiwa kita tetap berasa dekat. Buat anda yang masih mempunyai dan menyimpan koleksi gambar kenangan lama terutamanya pada berpuluh-puluh tahun dahulu, boleh menyediakan sebuah ruang keluarga untuk mengabadikan kenangan-kenangan tersebut. Seperti yang dilakukan oleh Norpadilah Binti Afandi yang berkongsi deko ruang keluarga farmhouse dalam rumahnya yang penuh dengan nostalgia.

Di ruang privasi ini, dia dedikasikan dengan dekorasi sederhana yang sarat nostalgia, serta hasil ciptaan barangan DIY dari bahan-bahan kitar semula dan terpakai yang menjadikan ruang ini nampak lebih istimewa. Mari lihat deko ruang keluarga Norpadilah yang penuh nostalgia keluarga mereka, dan idea-idea DIY kreatif untuk mencantikkan lagi ruang istimewa ini.

VIEW IN GALLERY

DIY papan tanda kayu dari kayu spin dan plywood.

Frame gambar terpakai berharga RM 10 sebuah dari kedai perabot hotel terpakai di Bahau.

VIEW IN GALLERY

DIY meja sisi dari papan laci terpakai.

DIY woodsign dari kayu lama.

VIEW IN GALLERY

DIY faux fireplace dari kayu/papan dan laci terpakai.

Kerusi sofa lama didapatkan dari tapak pelupusan.

VIEW IN GALLERY

Deko dinding dari basikal terpakai.

VIEW IN GALLERY

Di ruangan ini lah, ahli keluarga dapat mengimbau dan membayangkan sejarah dan kenangan yang dilalui bersama keluarga mereka yang terdahulu.

Kredit: Norpadilah Binti Afandi

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

Semua orang menyukai pelangi. Disebabkan itu, sebuah projek DIY dinding accent pelangi ditambah ke bilik kanak-kanak perempuan untuk hari lahirnya yang ke-5 tahun. Mengambil inspirasi dinding siling…

DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

Projek DIY wainscoting shiplap sangat menyeronokkan kerana cukup mudah namun menjadi statement besar, seperti yang dilakukan dalam sebuah nurseri ini, kontras dengan wallpapernya. Bersedia untuk mentransformasikan ruang!…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

Cat hijau biru pilihan popular untuk interior rumah. Kedua-dua warna ini saling melengkapi dengan baik apabila digabungkan. Hijau menambah warmth manakala biru menambah kesegaran pada ruang. Bawahnya…

6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

Salah satu trend utama dapur, memasukkan warna kabinet mushroom dalam design. Ianya warna popular pilihan selama bertahun-tahun untuk design dapur timeless dengan warna neutral. Bawahnya beberapa inspirasi…