Hasil Besarkan Belakang Rumah, Deko Ruang Santai Ini Guna Barang Sedia Ada

Mohon share tanda suka

Hiasan dalaman ruang sebuah rumah di bawah ini kelihatan mahal dan eksklusif. Namun sebenarnya, ia banyak menggunakan barang-barang yang sudah sedia ada di dalam rumah sahaja. Hasil memperbesarkan laman belakang rumah, ia dijadikan ruang santai keluarga iaitu tempat menonton dan membaca buku. Terletak di Ampang, pemilik rumah ini iaitu Suhana Abdul Rahman hanya menggunakan apa yang ada. Tidak ada perabot baru digunakan, semuanya diambil dari dalam rumah dan dihiaskan di ruangan ini.

Menerusi FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’, dia berkongsi pemandangan ruang santai tersebut, hasil menggunakan barangan yang sedia ada ini. Jom tengok!

Hasil Dekorasi Ruang Santai Menggunakan Barang Sedia Ada

VIEW IN GALLERY

Pintu folded dengan penggunaan cermin yang tebal dan tidak mudah pecah.

VIEW IN GALLERY

Siling semuanya dari kayu.

Hanya day curtain digunakan supaya nampak ringan.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kerusi luar yang terbiar sebelum ini dibawa masuk. Sofa-sofa lama yang sebelumnya berada di ruang atas turut dibawa turun. Almari-almari buku juga diletakkan di bawah untuk menyimpan segala buku suaminya.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Sofa lama dari Macy.

VIEW IN GALLERY

Dalam zaman pandemik ini, banyak penjimatan perlu dibuat. Yang penting, ruang bersih dan cantik dipandang mata.

Kredit: Suhana Abdul Rahman

Tags: #deko guna barang sedia ada #hasil deko cara jimat #idea deko ruang santai

DIY Lukisan Hati Berlapis Dengan 4 Langkah Ringkas. Cantik! Sesuai Sebagai Hadiah
Mohon share tanda sukaSekiranya anda sedang mencari hadiah hari istimewa yang sesuai untuk
Pemilihan Sheen Cat Yang Terbaik & Sesuai Dengan Ruang Rumah. Bagaimana?
Mohon share tanda sukaMemilih sheen cat yang betul hampir sama pentingnya dengan mendapatkan
DIY Pembinaan Framing Pendiangan Palsu Elektrik Rupa Tradisional Pada Dinding
Mohon share tanda sukaTidak mempunyai pendiangan? Rumah kecil namun teringinkannya? Ini DIY sebuah
Ubahsuai Dresser Hemnes IKEA Kosong Kepada Dresser Ombre Inspirasi Tembikai
Mohon share tanda sukaBagaimana hendak mengecat dresser ombre? Pernah terfikir untuk mengecat dresser

Comments are closed.