Untuk pencinta IKEA sekalian, pasti hampir semua perabot, barangan dan dekorasi dalam rumah anda adalah daripada IKEA, bukan? Salah seorangnya iaitu Sumayyah Ismail telah berkongsi hasil dekorasi sebahagian ruang dalam rumahnya yang bertemakan Scandinavian, dengan turut menggunakan 80% barang dari IKEA, antaranya adalah, semua pokok artificial dan pokok hidup, kerusi rotan dan semua aksesori, meja, sinki dan kabinet dalam ruang dapur basah dan kering. Mari lihat perkongsian yang dibuatnya melalui FB group ‘Kelab Dekorasi IKEA Malaysia’ di bawah ini.
Hasil Dekorasi Ruang Tamu Scandinavian Dengan Penggunaan Barangan IKEA
Tips untuk menghidupkan tema adalah, gunakan tona warna tema yang anda kehendaki, dan elakkan menggunakan lebih dari 3 warna untuk kelihatan simple dan tidak sarat.
Rak tangga dari SSF.
Kabinet dapurnya jenama Knoxhult menghidupkan lagi tema Scandinavian design untuk anda yang sukakan konsep rumah bertemakan Scandi, Boho atau Nordic, sama seperti Sumayyah.
Induction cooker jenama iSONIC.
- Oven jenama Khind
- Penapis air jenama Cuckoo Prince Top
- Lampu kabinet dari Mr. DIY
Stiker wallpaper berkotak dari kedai Eco.
Inspirasi untuk mereka yang meminati barangan IKEA dan tema dekorasi seperti ini.
Kredit: Sumayyah Ismail