Salah satu definisi ‘rumahku syurgaku’ adalah, rumah untuk pasangan menjalani kehidupan bersama, untuk melihat anak-anak membesar, dan untuk anak cucu berkumpul di hari mendatang. Bagi NurAishah sekeluarga, ‘rumahku syurgaku’ mereka merupakan sebuah rumah kampung pusaka yang diwarisi oleh suaminya sebagai anak bongsu dari 11 orang adik-beradik.
Melalui perkongsiannya dalam FB group ‘Deco Rumah Ku Syurga Ku’, rumah yang menjadi amanah arwah ibu dan ayah mertuanya ini didudukinya sejak dia berkahwin. Pada tahun ke-9 perkahwinan, barulah dia mendapat peluang untuk mendekorasinya. Sebagai seorang peminat merah jambu, warna tersebut digunapakainya dalam dekorasi rumah ini, dengan konsep mesra kanak-kanak memandangkan dia mempunyai 5 orang anak kecil yang aktif.
Hasil Dekorasi Rumah Pusaka Kampung Berkonsepkan Merah Jambu
- Langsir Hitomi jenis blackout berukuran 100 cm lebar dan 250 cm panjang berharga RM 19.39 dan sarung kusyen berwarna dark pink berharga RM 62 dari Shopee
- Rod langsir dari IKEA
Dari Facebook:
– Bangku sofa dari Adeq Niena
– Karpet dari Fyda Marican
– Stiker ‘Bismillah’ dari Iqin Razak
Dinding bercorak dicat sendiri menggunakan 5 cat berbeza.
Alas table top menggunakan lantai vinyl.
Luas dan lapang, memang sesuai untuk yang mempunyai ramai anak.
Kredit: NurAishah JamroNi