Dekorasi grand mirror pada dinding rumah semakin digunakan oleh ramai penggemar deko. Pelbagai cara yang dilakukan dalam pemasangan grand mirror ini, dan salah satunya adalah dengan menggunakan casing kabel PVC. Cara ini telah dikongsikan oleh Abdul Hakim pada dinding ruang makan rumahnya. Menurutnya, ia kelihatan mudah tetapi prosesnya agak memakan masa dan tenaga.
Bahan-Bahan Yang Digunakan
Dari Mr. DIY:
– 15 buah cermin berukuran 30 cm x 40 cm berharga RM 10.50 sebuah. Sekiranya rajin, buka frame satu persatu dan gantikan dengan wainscoting untuk lebih cantik
– Gam X-Bond jenama ‘Xtraseal berharga RM 8.90
14 batang casing kabel PVC berukuran 40 mm x 16 mm berharga RM 3 sebatang (6 kaki panjang) dari kedai hardware.
Cat jenama Dulux Ambience Pearl Glo kod warna 73/039 Horizons berharga RM 157 (5 liter).
Filler dan kertas pasir.
Proses DIY Grand Mirror
Ukur dan buat design terlebih dahulu dalam software Autocad, kemudian lakarkan pada dinding.
Proses Penampalan
Tampalkan masking tape untuk mengelakkan cermin dari jatuh.
Sesudah selesai menampal, tampalkan pula filler pada bahagian penyambungan untuk menutup gap, dan gunakan kertas pasir supaya permukaan menjadi licin.
Proses Mengecat
Hasil DIY Grand Mirror Ruang Makan Guna Casing Kabel PVC
Boleh tahan kan hasilnya? Silakan kongsi sekiranya berminat untuk mencuba.
Kredit: Abdul Hakim Aziz