Suka kan melihat kerjasama dan dedikasi antara ahli keluarga dalam menghias rumah ahli keluarga yang lain. Tidaklah mereka terkial-kial seorang diri memikirkan idea. Untuk perkongsian ini, seorang lelaki bernama Danial Hisyam telah membeli rumah sendiri pada bulan Oktober tahun lepas. Maka, bersama-sama adik-beradiknya yang lain, mereka saling menyumbang idea untuk mendekorasi rumah bujang dengan 3 buah bilik itu dengan bajet terhad.
Melalui idea dari abang sulungnya, inilah hasil dekorasi oleh adik-beradik ini. Perlahan-lahan, barangan yang diperlukan akan ditambah. Mari lihat di bawah!
Sebelum dan Selepas Dekorasi Rumah Bujang
Cat menggunakan jenama Jotun kod warna:
– Light Pewter 231 (ruang tamu)
– Chalk Blue 41107 (cat minyak kabinet dapur 2 coating. Biarkan sehari untuk setiap coating)
– Cable Tie 41106 (dapur)
– Matte hitam (pintu)
- Kabinet TV, langsir, sofa, rak pinggan dan bangku tangga jenama Bekvam dari IKEA
- Meja kopi dari Joy Design Studio (Facebook)
Cermin (VIVA Mall), set meja makan berharga RM 4K, dulang dan balang kuih dari SSF.
Table top dan dinding (berharga RM 23.69 – RM 26.88 sebanyak 3 gulung) menggunakan stiker wallpaper dari Shopee.
Tidak ada yang mustahil dengan bantuan ahli keluarga yang tersayang walaupun bajet rendah.
Kredit: Putri Yasmine
Facebook
RSS