Walaupun kita bukan pakar dalam bab dekorasi, namun demi penjimatan, apa yang boleh dibuat sendiri akan dicuba. Itulah yang dilakukan oleh Maliq dan isterinya terhadap deko ruang tamu memanjang dalam rumah mampu milik mereka. Berkeluasan 40 x 10 ft, hasil kerja mereka adalah simple sahaja tetapi hasilnya sangat cantik.
Sebelum Deko Ruang Tamu Memanjang
Kebiasaan perkara pertama untuk rumah baru adalah menyelesaikan bahagian wiring dahulu.
Proses Deko Ruang Tamu Memanjang dan sempit
Mulakan dari bahagian atas kemudian bawah, termasuk mengecat ruang tamu rumah.
Kos upah membuat plaster siling ruang tamu beserta barang dalam RM 3K++.
Kayu dipotong sendiri dan dilekat menggunakan gam X’traseal X-Bond.
Jarak 10 cm antara frame dan chair rail.
Cat sealer putih menggunakan jenama Nippon Paint sebanyak 3 – 4 lapisan.
Cat jenama Seamaster Paint kod warna SM 6L2-7 Smokey Cloud.
Cermin bersaiz 30 x 30 cm dilekat menggunakan gam yang sama.
Bingkai menggunakan kayu wainscoting.
Letakkan plaster untuk menutup lubang pada lantai dan pasangkan vinyl menggunakan gam Dunlop. Kosnya dalam RM 2K++ (termasuk bilik) dari JB SPC FLOORING (Facebook).
Hasil Dekorasi Simple Ruang Tamu Memanjang
Dari Shopee:
– Sofa jenama Finsso berharga RM 699 – RM 1,205
– Bunga plastik (meja makan) berharga RM 9
– Meja konsol berharga RM 300+
– Jam
– Meja kopi
– Metal kufi bersaiz 60 cm (bulat) dan 45 cm (kiri dan kanan)
- Lampu siling besar dari kedai lampu Tampoi
- Wingchair berharga RM 300+
Kabinet TV berharga RM 1700 siap pemasangan dari cubo (Facebook).
Meja makan berharga tidak sampai RM 100 dan alas meja makan berharga dalam RM 90.
Pintu dicat.
Kos pintu dapur dalam RM 900+.
Asalkan ‘sedap’ mata memandang hasil usaha sendiri terhadap rumah sendiri.
Kredit: Maliq’s Kitchen