Trend reka bentuk dan hiasan dalaman dapur cepat berubah seiring dengan zaman. Mahu atau tidak, kita terpaksa terima hakikat yang trend terkini selalunya menawarkan kelebihan berbanding dengan yang lama. Untuk itu, entri ini adalah untuk semua pembaca hias.my yang berminat untuk mencari inspirasi reka bentuk dapur moden. Kami telah kumpulkan koleksi idea dekorasi dapur gaya moden khas untuk sesiapa yang plan mengubah gaya hiasan dapur mereka. Kepada yang baru nak survey design kabinet dapur juga mungkin boleh jadikan entri ini sebagai rujukan jika padan dengan budget.
Contoh-contoh yang akan kami bawakan ini sesuai untuk pelbagai jenis rumah termasuk pangsapuri moden. Mempunyai pelbagai warna dan tema, ada juga yang menggunakan elemen kayu, yang membantu untuk mewujudkan rasa hangat.
Hiasan dalaman dapur moden
Kabinet dapur moden : Idea table top dan kabinet dapur moden di atas mengekalkan fungsi dengan adanya storage.
VIEW IN GALLERY
Konsep dapur terbuka dengan “kitchen island”
VIEW IN GALLERY
Design kabinet dapur dan juga backsplash yang “cool” menjadikan dapur moden ini lebih tenang dan menarik.
VIEW IN GALLERY
Design yang moden lagi mewah menjadikan lampu sebagai daya penarik kepada ruangan dapur moden. Sesuai dengan penggunaan lantai kayu, cahaya lampu menjadikan lantai lebih berkilat ; menambah lagi gaya ekskusif pada ruang.
VIEW IN GALLERY
Tidak perlu serabut dengan pemilihan banyak warna, cukup dengan warna putih sebagai tema dan sedikit hitam. Meja makan disusun rapat dengan kabinet dapur sebagai pembahagi ruang atau “divider”.
VIEW IN GALLERY
Gabungan warna kelabu lembut dan putih sangat sesuai untuk membangkitkan suasana yang tenang dalam dapur moden ini.
VIEW IN GALLERY
Keseluruhan dapur moden ini menggunakan warna putih sebagai tema; dan sedikit kayu pada kabinet menjadikan dapur ini lebih elegan dan anggun.
VIEW IN GALLERY
Kabinet countertop putih sememangnya trendy yang dipadankan dengan meja makan bersama kerusi oren yang nampak menyerlahkan suasana.
VIEW IN GALLERY
Design kabinet dapur yang berkilat menjadikan ruang dapur lebih moden dan mewah.
VIEW IN GALLERY
“Kitchen island” dengan ruangan untuk menyimpan perkakas dapur seperti pinggan mangkuk adalah satu kemestian bagi sebuah dapur ala Inggeris.
VIEW IN GALLERY
Warna hijau boleh menjadikan suasana dapur segar dan santai. Kepada yang suka unsur natural kabinet dapur dan countertop hijau pilihan terbaik – Damai dan tenang.
Baca juga : Idea dekorasi bilik tidur hijau
VIEW IN GALLERY
Kabinet dapur merah – Dengan padanan warna,dan aksesori, warna merah pada kabinet dapur anda boleh menghidupkan dapur anda menjadi tempat keluarga berkumpul.
VIEW IN GALLERY
“Backsplash” pada dinding dapur tidak lagi hanya melindungi dinding dari tumpahan dan percikan, pelbagai jenis bahan-bahan yang menarik perhatian seperti kaca, kayu, logam dan batu membuatkan backsplash sebagai idea dekorasi terkini.
VIEW IN GALLERY
Kaunter putih sentiasa trendy.
VIEW IN GALLERY
Kabinet dapur hitam dipadankan dengan “kitchen island”warna kayu menjadikan ruang lebih elegan. Kerusi dan meja yang unik menjadikan sarapan pagi lebih bermakna.
VIEW IN GALLERY
Ruang dapur yang luas memang menjadi idaman. Dapur moden ini cenderung kepada pemilihan tema gelap, tetapi penggunaan lampu pada kabinet dapur menjadikannya lebih kreatif.
VIEW IN GALLERY
Sekali lagi warna ungu menjadi pilihan dalam design kabinet dapur. Warna ungu disulam dengan meja makan kayu menjadikan ruang dapur lebih menarik pada mata penulis.VIEW IN GALLERY
Tiga warna pilihan di atas mungkin menjadi inspirasi dan idea untuk projek dapur moden anda?
VIEW IN GALLERY
Akhir sekali, putih sentiasa menjadi warna pilihan untuk dapur moden. Tetapi perlu ingat, penjagaan pun agak sukar.

