Mewujudkan hubungan dengan alam penting untuk design sebuah kafe ini. Coperaco, roaster kopi terkenal di New York membuka kafe A.S. pertamanya di Harrison, New Jersey. Terletak di lobi tingkat bawah Harrison Urby, sebuah kompleks sewa, pengasasnya Johan Pesenti bekerjasama dengan firma seni bina dan interior yang berpangkalan di Amsterdam, Concrete untuk mewujudkan sebuah tempat yang indah berkonsepkan outdoor untuk pelanggan menikmati minuman berkualiti tinggi. Ruang terbuka ini diterangi cahaya semulajadi, terasa seperti berada dalam rumah hijau.
Hiasan Dalaman Kafe Terbuka Konsep Outdoor
Framework bangsal menggabungkan elemen dalaman dan luaran.
Jubin lantai mozek melapisi ruang.
Batten menegak dipenuhi dedaunan merimbun menutupi bar kopi marmar berat di bawah cahaya. Pencahayaan lapang dan melata menyatu dengan ivy gantung di seluruh ruang.
Menambah lagi tema outdoor, pembinaan ‘rumah pokok’ moden 2 tingkat. Diperbuat daripada kayu dengan dinding tali braided, strukturnya mempunyai tempat duduk selesa, perpustakaan dan pendiangan, dilengkapi perabot gaya mid-century.
Sememangnya sangat indah dan mengagumkan!
Kredit: Dwell
Facebook
RSS