Cara halau lalat – Kehadiran banyak lalat dalam rumah sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang kerana ia sejenis serangga pembawa kuman yang gemarkan sampah dan tempat kotor. Namun usah bimbang kerana terdapat beberapa petua terbaik untuk menghalau mereka dari bebas berleluasa khususnya di dapur, seperti 5 di bawah. Pasti lalat akan mula berkurangan.
Cara Halau Lalat Di Dapur Guna 5 Petua Ini
1. Ambil beberapa kuntum bunga cengkih, masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air dan biarkan terdedah. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur
2. Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan dan letakkan daun tersebut pada gelas berisi air di sudut meja
3. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat yang berada di meja makan
4. Ambil sedikit cecair peluntur, titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air dan lap pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat-tempat lain yang dirasakan perlu
5. Ambil 2 batang lilin, nyalakan api dan letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan
Cara halau lalat yang sangat kreatif! Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya!
Kredit: Petua Ibu