Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik air»Idea Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air
    Bilik air

    Idea Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air

    RishdanBy RishdanFebruary 11, 2017Updated:July 25, 2021No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Corak mozek bilik air basket weaves
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ada sebab yang tersendiri mengapa selalunya tile atau mozek menjadi pilihan sebagai lantai bilik air. Selain tahan lama dan senang untuk di cuci, mozek juga dapat memberi cahaya pada ruang. Mozek juga adalah cara terbaik untuk membuat ruang nampak berseri dengan corak-corak yang menarik. Kepada yang tengah pening kepala untuk memilih corak tiles bilik air yang sesuai, boleh intai contoh-contoh idea yang akan kami bawakan dalam senarai kali ini. Kata orang, kalau kita ingin kenal peribadi seseorang, jangan lihat pada ruang tamu tapi lihat pada bilik air rumahnya.

    Corak Tiles Bilik Air

    Walaupun pemasangan mozek lebih mahal daripada hanya mengecat dinding, tapi anda ada pilihan untuk minimakan kos bergantung pada bajet anda. Kalau mampu anda boleh pasang mozek bermula dari lantai sampai ke dinding. Dan sudah tentu kita boleh gabungkan jenis-jenis mozek yang berlainan contohnya lantai dengan warna lain dan dinding pula dengan warna lain. Kalau bajet cukup hanya untuk lantai, terpulang.

    Baca juga : 15 Idea Dekorasi Bilik Air Bertaraf 5 Bintang

    Mari kita lihat corak bagaimana yang menjadi idaman anda. Berikut kami bawakan pada anda beberapa jenis dan style corak mozek yang patut anda cuba.

    Corak Tiles Bilik Air 1 – Running Bond

    Corak yang paling asas dalam pemasangan mozek. Sambungan mozek dilakukan di bahagian tengah jubin untuk membentuk akhir sambungan tidak sekata. Cuba lihat gambar di bawah

    VIEW IN GALLERYSusunan mozek gaya running bond untuk idea tile bilik air

    Corak tiles 2  – Herringbone

    Corak Herringbone adalah susunan segiempat tepat mengikut alur tulang ikan herring. Kebiasaannya nisbah panjang blok adalah 2 : 1, 3: 1.

    VIEW IN GALLERYCorak mozek lantai bilik air herringbone

    Corak tiles 3 – Diagonal

    Susunan mozek secara diagonal amat sesuai untuk ruang kecil. Sama seperti corak Running Bond, corak ini dimulakan pada sudut 45 darjah condong. Ini menjadikan persegi jubin atau kayu berbentuk berlian seperti gambar di bawah.

    VIEW IN GALLERYCorak mozek bilik air diagonal

    Corak tiles 4 – Basket Weaves

    Corak ini adalah inspirasi dari corak anyaman bakul. Sama seperti herringbone, corak ini menggunakan mozek berbentuk segi empat tepat dan mudah untuk dipasang. Anda boleh guna corak ini untuk cetusan gaya klasik era 1900-an dan cukup sesuai dipadan bersama jubin batu seperti marmar.

    VIEW IN GALLERYCorak mozek bilik air basket weaves

    Corak tiles 5. Windmill

    Corak ini adalah idea daripada pergerakan bilah kincir angin. Corak windmill dibentuk dengan menyusun 4 jubin segi empat sama untuk membentuk bentuk persegi yang besar diakhiri 1 jubin persegi kecil di tengah-tengah. Corak ini selalunya digunakan di bilik mandi dan dapur. Cuba lihat idea di bawah.

    VIEW IN GALLERYcorak tradisional mozek bilik air bentuk windmill

    Corak tiles 6. Versailles

    Corak versailles membuatkan bilik air lebih elegan dan anggun. Biasanya corak ini menggabungkan 4 saiz jubin berbeza; 8″ x 8″, 8″ x 16″, 16″ x 16″, dan 16″x 24″.

    VIEW IN GALLERYCorak mozek dan jubin lantai gaya Versailles

    Corak tiles 7. Pinwheel

    Nama lain untuk corak pinwheel ialah hopscotch yang seakan-akan bentuk windmill. Untuk menghasilkan corak ini anda perlukan jubin yang bersaiz lebih besar untuk mengelilingi jubin yang lebih kecil.

    VIEW IN GALLERYCorak mozek lantai bilik air Pinwheel

    Sumber : google

    Save

    Save

    Save

    Save

    bilik air dekorasi bilik air lantai bilik air tiles
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article22 Idea Model Lampu Meja Makan Untuk Mewujudkan Ruang Menarik
    Next Article Kos Bina Rumah 3 Bilik RM20000 Sahaja? Bagaimana?

    Related Posts

    Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

    July 23, 2023

    Panduan Cara Cat Ruang Interior Kecil Untuk Transformasinya. Apa Perlu Dilakukan?

    July 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Retro Yang Menjemukan Jadi Indah, Berfungsi & Bergaya

    July 11, 2023

    Ubahsuai Bilik Air Utama Dengan Gabungan 2 Bilik Air. Lebih Banyak Fungsi & Storan

    June 27, 2023

    DIY Simple Pencuci Grout Jubin Dengan 4 Bahan. ‘Resipi’ Homemade Paling Efektif

    June 12, 2023

    Ubahsuai Bilik Air 2 Kanak-Kanak Perempuan Ini Neutral Dengan Pop Pink & Bunga

    May 11, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.