Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Idea Deko Ruang Tamu Rumah Flat Yang Menenangkan
    Idea Dekorasi

    Idea Deko Ruang Tamu Rumah Flat Yang Menenangkan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 12, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Penantian satu penyeksaan. Kata-kata ini mungkin boleh digunapakai untuk Noor Hafiza Mohamad dan suaminya sewaktu mereka baru berpindah ke sebuah rumah sewa jenis flat pada bulan Julai 2013. Hasrat awal untuk tinggal di rumah teres terpaksa dilupakan dahulu kerana kos rumah sewa yang sangat tinggi. Walaupun begitu, dia tetap bersyukur kerana mendapat tempat tinggal dengan sewa yang sangat murah. Duit pun boleh disimpan untuk membeli barang-barang keperluan dan dihulur pada ibu ayah serta adik-beradik.
    Penantian selama 4 tahun untuk memiliki rumah yang serba lengkap akhirnya tercapai. Puan Hafiza dan suami bersama-sama menghias rumah mereka hasil idea daripada isteri manakala kerja pemasangan dan pemilihan perabot daripada suami. Ini kerana suaminya lebih arif mengenai hal-hal susun atur dalam rumah seperti warna cat, kesesuaian perabot mengikut saiz ruang rumah dan lain-lain lagi. Perabot pula hanya dibeli dari kedai perabot terpakai seperti televisyen, iron, katil dan kerusi jadi bajet pun tidak banyak dibelanjakan. Sejak tahun 2018 sehingga kini, mereka tidak jemu untuk menukar style pada perabot dan hiasan rumah walaupun masing-masing jarang berada di rumah dek kerana urusan kerja. Yang penting bagi mereka, keselesaan dan kepuasan hati apabila melihat deko rumah yang telah lama diidamkan hasil penantian dan usaha mereka.
    VIEW IN GALLERY
    Tudung saji dari SSF dan balang makanan dari IKEA.
    VIEW IN GALLERY
    Wallpaper dari Kaison dan kerusi dari kedai perabot terpakai Taman Equine.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Pokok pisang berharga RM 300 dibeli dari FB seller ‘Abylla Home Decor’ manakala bakulnya dari IKEA. Frame juga dari IKEA.
    VIEW IN GALLERY
    • Langsir yang sudah siap dijahit berwarna kelabu dan krim dari Mr. DIY berharga RM 35 – 45 sekeping
    • Sheer curtain berharga RM 37 sekeping dari IKEA
    • Rod dari IKEA berharga kurang dari RM 20
    • Karpet bulu berharga RM 150 dari Kaison
    VIEW IN GALLERY
    Sticker balang dari FB page ‘Dunia Deko’.
    Kredit: Noor Hafiza Mohamad
    idea deko rumah flat simple dan kemas tema green white dan grey
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Berkonsepkan Inggeris Dalam Rumah Kayu
    Next Article Ubahsuai Dapur Guna Bajet RM 200 Pakai Barang Kedai Murah Je

    Related Posts

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.